Topeng Aneh Dan Menyeramkan Untuk Korang Yang Jenis Tak Kisah

Ada yang masih berdepan dengan masalah nak dapatkan topeng muka lagi ke? Kalau korang duduk kat rumah diam-diam, tak payah pakai topeng pun tak apa. Tapi kalau korang nak pakai topeng jugak, Haaa, kat sini Abang Jim ada beberapa pilihan topeng yang korang boleh pakai.

Nak buat sendiri pun boleh. Walaupun bentuknya sedikit aneh dan menyeramkan, topeng jugak namanya.

Contohnya seperti topeng yang diperagakan oleh barisan model kat bawah ni. Korang bukan sahaja boleh melindungi diri. Tapi topeng ni juga boleh menyerlahkan penampilan korang. Nak tak?

Nak lagi unik? Korang recycle jer balik shopping bag Ikea korang tu buat topeng. Tadaa!! Cantik tak?

Kalau korang nak topeng yang tampil dengan sentuhan glamour pun ada tau. Korang boleh laa tampal manik-manik, labuci, glitters nak bagi topeng korang tu nampak wow!

Kalau nak lagi kreatif, korang boleh letak lampu-lampu kat topeng tu. Kalau tak ada korang lilit jer lampu kelip-kelip mak korang yang nak guna waktu raya nanti. Hati-hati, kang tak pasal-pasal kejung pulak.

Kalau korang yang jenis ‘masuk air’, korang boleh try pakai topeng tak senonoh macam kat bawah ni. Itu pun kalau korang yakin pada diri laa.

Tak cukup puas hati? Nah! Korang try pulak topeng seram ni. Tapi jangan salahkan Abang Jim kalau kepala korang tu kena ketuk dengan mak korang yer.

Haaa itulah dia antara beberapa contoh topeng muka yang Abang Jim boleh cadangkan kat korang. Memang kreatifkan? Harap korang berpuas hati laa akhirnya dapat juga korang pakai topeng. Hehehe.

Baca artikel ini: Apa laaa Fizo Omar Ni. Ada Ke Patut Seluar Dalam Jadi Topeng Penutup Mulut

Read Previous

5 Wabak Pernah Melanda Dunia Sebelum COVID-19

Read Next

Kelakar Habis! ‘Hi Everything’ Jadikan Gadis Filipina Ini Terkenal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − eight =