Fesyen Apa Ni Weh?! Pakai Kostum Ketat Untuk Hilangkan Stress?

Dalam hidup, korang akan berdepan dengan pelbagai masalah sama ada kecil atau besar. Abang Bob yakin tiada siapa pun kat dalam dunia ni yang hidup tanpa masalah.

Tak kisah laaa sama ada korang masih belajar atau dah bekerja, masalah dengan seseorang itu memang tidak boleh dipisahkan.

Bila dah banyak masalah, mesti korang akan berasa sangat stress memikirkan problem yang korang alami tu. Silap hari bulan, kalau korang gagal untuk mengawal perasaan, itu yang jadi kes seperti bunuh diri. Paling tak pun korang jadi gila memikirkan masalah yang dihadapi.

Kalau korang stres, apa yang biasanya korang akan buat? Ada orang mungkin dia akan tidur sepanjang hari. Tak pun hang out dengan kawan-kawan pergi karaoke ke, tengok wayang ke atau pergi bercuti ke mana-mana lokasi yang menenangkan.

Kalau korang nak tahu, kat Jepun, golongan pekerja profesional atau pelajar mempunyai cara tersendiri untuk meredakan tekanan iaitu dengan mengamalkan satu tabiat pelik yang dipanggil ‘Zentai’.

Dalam Bahasa Jepun, Zentai bermaksud satu komuniti atau masyarakat daripada pelbagai peringkat umur yang akan memakai pakaian ketat yang diperbuat daripada fabrik likra. Tahu tak fabrik likra tu acaner?

Maksudnya kat sini, bila golongan Zentai ni berasa stress, diaorang akan memakai pakaian likra di seluruh tubuh dan akan menghabiskan masa bersiar-siar di sekitar bandar.

Walaupun pakaian yang diaorang pakai tu pelik dan agak memalukan, tapi golongan Zentai ni dengan slumber jer jalan-jalan seperti biasa tanpa menghiraukan orang lain.

Korang yang baca artikel ni mungkin akan rasa pelik dan mengarut, tapi golongan Zentai kat sana percaya, bila diaorang berpakaian ketat macam tu, mereka akan berasa lebih ceria dan relaks, seterusnya dapat menghilangkan tekanan.

Golongan Zentai yang memakai pakaian likra tu juga menyifatkan bahawa mereka sukakan konsep ‘tidak dikenali’ apabila memakai pakaian yang menutup seluruh tubuh badan mereka termasuk mata.

Ketua golongan Zentai dikenali sebagai Seiwa Tamura cakap, disebabkan konsep itulah, tradisi Zentai ni semakin diterima oleh masyarakat dekat Jepun. Alah..yang tidak-tidak jer!

Bayangkan kalau korang adalah seorang guru dan mempunyai masalah sehingga berasa tertekan, bila korang berpakaian Zentai ni, tiada siapa yang akan mengecam korang, dan korang pun tak akan berasa malu.

Lagi satu, orang yang berani memakai pakaian likra ni akan dianggap lebih eksklusif sebab diaorang tidak mendedahkan terlalu banyak tentang identity mereka pada khalayak umum.

Ada sorang kelompok Zentai ni cakap, sebagai seorang pegawai tinggi kerajaan, dia perlu sentiasa tampil cantik dan kelihatan profesional. Walaupun dia seseorang yang berpangkat, dia juga mempunyai masalah peribadi.

So, dia memutuskan untuk memakai pakaian likra tersebut untuk memuaskan hatinya, dan keluar berjalan-jalan tanpa seorang pun yang mengenalinya. Ternyata pakaian ketat tu membuatkan dirinya menjadi bebas .

Ahli Zentai kat Tokyo pun dan semakin bertambah dan dijangka akan terus meningkat sebab ramai yang ingin berdaftar untuk menjadi ahli Zentai.

Bahkan, fenomena ni pun dah merebak ke beberapa buah negara lain seperti England. Tapi Zentai kat sana digunakan untuk tujuan menghiburkan orang.

Haihh! Jepun memang terkenal dengan perbuatan dan gaya fesyen yang pelik-pelik. Walaupun Jepun adalah sebuah negara maju, tapi orang-orang dia lagi ‘maju’ daripada teknologi kat sana.

Abang Bob harap jangan laaa budaya ni tular kat Malaysia. Kalau korang, nak pakai tak baju macam ni?

Read Previous

Macam Real Doh! Suri Rumah Hasilkan Beg Bentuk Kucing Realistik

Read Next

Kucing Jantan Atau Betina, Siapa Yang Lagi Manja?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen + 19 =