Min memang cukup kagum dengan orang-orang yang dilahirkan kreatif dan berbakat ni. Yer laa tak semua orang dilahirkan dengan bakat dan kreativiti tak kisah laa dalam apa jua bidang sekali pun.
Tapi, kalau bercakap pasal bakat dan kreativiti ni, selalunya ia dikaitkan dengan hasil karya seni. Sebab dengan kreativitilah seseorang itu dapat menghasilkan sesuatu karya luar biasa yang tak mungkin dapat dilakukan oleh orang lain.
Contoh yang min nak bagi ialah bakat dan kreativiti yang ditunjukkan oleh seorang wanita bernama Elisa Roche ni. Kreativiti dan sentuhan tangan Roche ni memang mengagumkan apabila dia dapat menghasilkan pelbagai lukisan unik pada buah pisang sehingga berjaya menarik perhatian ramai pengguna laman sosial.
Apa yang menarik kat sini ialah, si Roche ni bukanlah seorang pelukis atau pengkarya sebelum ni. Sebaliknya dia adalah seorang tukang masak di sebuah restoran kat England. Idea untuk menjadikan buah pisang sebagai kanvas lukisan pun tercetus semasa dia berada kat dapur tempatnya bekerja.
Semuanya terjadi selepas Roche berasa sangat bosan apabila terpaksa menghabiskan masa berjam-jam di dapur untuk memasak. Satu hari tu, sebab dah terlalu bosan, dia mengambil sebiji pisang dan melukis di atas kulit pisang tersebut untuk menghilangkan kebosanan.
Lepas dah siap melukis tu, dia pun memuat naik hasil lukisannya dalam laman sosial Instagram. Nak tahu apa jadi? Dia terkejut apabila lukisan ‘bodoh-bodoh’ yang dihasilkan pada kulit pisang tu telah mendapat perhatian dan pujian daripada kawan-kawannya.
Sejak daripada itu, dia terus menjadi popular dan popularitinya melonjak naik sehingga beberapa buah majalah terkenal pernah meminta kebenarannya untuk menerbitkan hasil karyanya dalam majalah mereka.
Roche dalam temubualnya Bersama Mirror Online ada bagitahu bahawa dia memang meminati bidang seni lukisan sejak di bangku sekolah lagi, tapi minatnya pada cabang seni terpaksa dilupakan kerana tidak mendapat sokongan daripada orang tuanya.
Sama macam kebanyakkan ibu bapa lain yang lebih suka anaknya memegang kerjaya dalam bidang professional, so nak tak nak, Roche terpaksa la melupakan minatnya dalam bidang seni.
Kebanyakkan hasil karya yang dibuat adalah berdasarkan perkara dan peristiwa yang berlaku di sekelilingnya. Tapi mostly idea untuk menghasilkan sesebuah karya itu datang secara spontan.
Haaa! Terinspirasi tak? Min nak bagitahu ni, kalau korang ada minat ada cenderung dalam sesuatu bidang tu, jangan berhenti separuh jalan macam tu jer, sayang! Sebab tak semua orang dilahirkan dengan bakat ok. Kalau korang nak usyar karya-karya Roche, korang boleh singgah kat IG @funwithfruit.