Kucing Bergaduh! Apa Nak Buat Ni?

Sumpah Abang Jim paling tak suka tengok kalau kucing bergaduh. Abang Jim rasa macam nak join sama jer. Lagi-lagi kalau waktu malam. Time sedap-sedap tidur lepas tu terjaga sebab bunyi kucing bergaduh.

Dia punya ‘menyengat’ tu, boleh hilang sabar. Bising woi! Kisahnya, Abang Jim memang ada bela seekor kucing sejak 2 tahun lalu. Nak dijadikan cerita, haritu Abang Jim ada bawak balik lagi sekor kucing. Kucing tu jumpa kat tepi highway, nyaris nak kena lenyek dengan kereta.

Sebabkan kesian, Abang Jim bawak laa bali ke rumah. Abang Jim fikir sekurang-kurangnya kucing Abang Jim nama Bulat kat rumah tu ada laa geng nak berborak nanti. Haram jadah! Keja asyik nak bercakaran jer.

Tiap-tiap malam bergaduh sampai habis pasu bunga mak Abang Jim pecah. Biadap! So abang tanya kawan macam mana cara nak kawankan dua ekor kucing tu. Haaa, so dia bagi laa 5 tips untuk Abang Jim praktikkan kat umah. Ehh! Menjadi laa…

Perkenalkan kucing secara berperingkat

Kucing adalah haiwan territorial. So diaorang tak suka kalau ada kucing lain yang datang menceroboh tempat diaorang. Maka, kalau korang nak tambah bilangan kucing kat rumah, perkenalkan diaorang secara berperingkat. Bukan terus letak mereka together-gether. Biarkan mereka berkenalan dulu dengan adanya penghadang yang memisahkan mereka. Contoh macam dalam sangkar, carrier atau bilik yang berasingan. Kucing ada deria bau yang kuat, so diaorang akan dapat hidu kehadiran kucing lain. Biarkan bau tu sebati. Pada peringkat awal, jangan biarkan kucing korang tu berkongsi bekas makanan, bekas minuman dan tempat tidur yang sama. Bila dah mesra dan kenal bau masing-masing, baru satukan mereka.

Baca artikel ini: Ketahui Kisah Tama, Si Bulus Yang Jadikan Stesen Kereta Api Di Jepun Popular Semula!

Periksa tahap kesihatan kucing

Korang kalau sakit, korang mesti nak tempat yang tenang dan merehatkan tanpa gangguan. Sama macam kucing. Kalau kucing sakit, dia tak suka ada kucing lain datang menyebok kat situ! Kalau kucing korang tiba-tiba jadi garang dan agresif, mesti ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatannya. Kucing pandai untuk menyembunyikan kesakitan mereka. So cara terbaik adalah dengan membawanya berjumpa dengan vet untuk pemeriksaan.

Elakkan bau kucing lain

Kucing ialah haiwan yang peka dengan bau. Kadang-kadang bau asing seperti bau kucing lain boleh buatkan kucing korang tu marah. Ehh kau! Kalau korang pernah bawak salah seekor kucing korang pergi vet, bila balik rumah, kucing lain dah tak nak kawan dengan kucing tu, sebab ada bau kucing asing dah melekat kat badan dia. So kucing kat rumah tu ingatkan kawan dia tu kucing asing yang datang menceroboh. So cara terbaik, guna tuala yang ada bau kucing kat rumah sebagai alas carrier. Supaya bau tu kekal melekat kat badan kucing korang.

Terhadkan pemandangan

Tips ni untuk kucing indoor yang tak biasa keluar dari rumah. Macam yang korang tahu, sifat kucing ialah territorial. Bila dia nampak kucing jalanan lain datang melepak kat depan rumah, kucing korang tu akan memberontak untuk mengejar dan menyerang kucing liar tersebut. Tapi kucing korang tu tak dapat berbuat demikian sebab takut nak keluar rumah walaupun hati memberontak nak tunjuk samseng. So bila dia tak dapat nak lanyak kucing liar tu, dia belasah laa kawan-kawan dia kat dalam rumah untuk lepaskan geram. Cara terbaik untuk atasi masalah ni adalah dengan menutup pandangannya dari dunia luar. Tutup tingkap dan pintu atau kat port yang dia selalu guna untuk mengendap kucing kat luar rumah.

Hentikan pergaduhan

Kalau korang nampak kucing tengah bergaduh, jangan berani nak leraikan kucing yang tengah bergaduh tu dengan tangan. Sebab kucing bergaduh ibarat dia sedang naik gila! Cara terbaik untuk meleraikan kucing bergaduh adalah dengan menyimbah kucing tu dengan air. Kalau tak ada air, buat bunyi yang boleh mengejutkan kucing tu seperti menjerit sambil menepuk tangan. Korang juga boleh baling dengan objek yang lembut, ulang lagi sekali yer. Objek yang lembut! Macam bantal untuk pastikan diaorang bersurai.

So itulah antara tips yang korang boleh buat untuk haling kucing korang daripada bergaduh. Abang Jim nak pesan ni. Jangan pandai-pandai yer nak sepak atau leraikan kucing bergaduh dengan tangan. Silap-silap berdarah tangan korang tu kena kekoh. Bisa woii!

Baca artikel ini: Ini Kucing Ke Bantal? Kenapa Demok Sangat Neh!

Read Previous

Kelakar Habis! ‘Hi Everything’ Jadikan Gadis Filipina Ini Terkenal

Read Next

Mencuri Sebab Stress. Pemandu Trak Curi 5,800 Buah Tempat Duduk Basikal Sejak 25 Tahun Lalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 1 =