Kebaikan Coklat Hitam Untuk Kekal Fokus

Berita baik untuk penggemar coklat! Mana dia? Abang Jim tahu ramai dalam kalangan korang yang memang suka makan coklat. Lepas ni korang boleh laa amalkan makan coklat ok untuk dapatkan fokus yang korang.

Sebelum ni kita banyak mendengar keburukan tentang coklat. Jarang ada kebaikan tentang makanan kegemaran ramai ni. Tapi, kajian yang dijalankan oleh seorang professor dari Universiti Arizona dekat AS, Larry Stevens telah mendapati sepapan coklat mampu mengembalikan fokus seseorang individu pada waktu siang.

So korang yang selalu mamai, mengantuk, hilang fokus masa tengah kuliah tu, elok laa makan coklat lepas ni. Takde laa pensyarah penat membebel kat depan, korang sedap-sedap membuta kat belakang.

Dalam kajian tu turut mendapati, coklat hitam mempunyai kesan stimulasi yang dapat meningkatkan aktiviti otak sehingga mampu membuatkan seseorang menjadi lebih fokus berbanding biasa.

Ini bermakna, kalau korang tengah mengantuk tu, lepas makan coklat otak korang akan kembali cergas dan membuatkan korang menjadi lebih fokus ok.

Kajian yang dibuat mendapati, individu yang mengambil coklat dengan kandungan koko 60% lebih tinggi akan memiliki otak yang lebih sensitive dan tajam beberapa saat selepas korang makan coklat tu.

Baca juga artikel ini Asyik Nak Membuta Jer! 10 Perangai Budak Uni Kat Dalam Kelas

Semakin tinggi kandungan koko dalam coklat, semakin tinggi rangsangan yang diberi pada otak terutama pada waktu siang dan menjelang waktu petang. Korang bayangkan jer laa kelas waktu tengah hari. Dia punya mengantuk tu memang rasa macam nak hangkut tilam bawak masuk kelas.

Kata penyelidik tu lagi, coklat yang mempunyai kandungan koko lebih 60% juga kaya dengan sumber L-theanine dan asid amino yang lazimnya ditemui dalam teh hijau. Macam yang korang tahu, teh hijau boleh membuatkan korang tenang.

So sama juga dengan coklat yang mengandungi koko yang tinggi. Lepas makan korang akan berasa lebih tenang dan dapat meningkatkan fokus pada aktiviti yang korang jalankan.

Lepas ni tak payah takut-takut nak makan coklat. Kalau ad akelas pada waktu yang korang tak suka tu, standby sepeket kecik coklat untuk meningkatkan tumpuan korang tu ok.

Baca juga artikel ini Patutlah Awak Selalu Happy Jer Sebab Suka Aiskrim Vanilla Rupanya. Korang plak Suka Perisa Apa?

Read Previous

Ini Kucing Ke Bantal? Kenapa Demok Sangat Neh!

Read Next

Ketahui Kisah Tama, Si Bulus Yang Jadikan Stesen Kereta Api Di Jepun Popular Semula!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four + 15 =