Baru-baru ni heboh yer kat media sosial pasal tindakan seorang artis lelaki popular iaitu Fizo Omar.
Abang Jim dengar pun terkejut. Dia cadangkan supaya guna seluar dalam untuk ganti topeng penutup mulut sebagai alternatif sebab susah nak dapatkan topeng tu kat pasaran. Bukan itu jer, dia siap muat naik gambar seluar dalam yang dibentuk macam topeng penutup mulut beserta hashtag #sayajual dan #silapmtepi.
Pelakon Fizo Omar turut menyatakan dalam Instagram miliknya “susah sangat hendak cari topeng muka” dalam Instagramnya.

Haishh! Dah dia muat naik gambar macam tu, memang mengundang kecaman netizen laa jawabnyer. Orang ramai pun tertanya-tanya jugak motif pelakon tersebut berbuat demikian. Antara komen-komen yang ditinggalkan netizen seperti:
“Makin teruk dah saya tengok kamu ni. Hahaha. Reput sangat ke tu?” Soal Kam2u dan dibalas semula oleh Fizo dengan berkata “berjangkit dengan orang gila tu”, tanpa menamakan siapakah orangnya.
Baca artikel ini: Uwerkk!! Lelaki AS Diburu Polis Lepas Jilat Barang ‘Toiletries’ Di Pasar Raya
Malah, pelakon tu tanpa segan terus mengusik kam2u dengan berkata “nak order ke? Ada yang warna kuning-kuning sikit.”

Pengikutnya dalam Instagram seperti Iena86 dan Azrina Meena pula berpendapat usikan Fizo tu sebagai ‘loqlaq’ dalam Bahasa utara yang bermaksud sebagai tidak senonoh.
“Kasar gurau tu adik!” Tulis Esah No Lawa di Instagram.
Gara-gara kenyataan dan gambar yang dimuat naik itu juga, Fizo turut mendapat kecaman dan tentangan daripada pengikutnya yang merasakan kenyataan tersebut tidak amat memalukan.
“Tak senonoh betul. Kalau nak jimat pun tak payahlah pakai seluar dalam,” tegur Shaminah Jb.
Tapi dalam banyak-banyak komen daripada pengikutnya, seorang pengguna laman sosial bernama Afif Abdullah Shahaimin pula berasa tidak percaya dengan gurauan ‘kasar’ yang dibuat Fizo.
Malah dia berpendapat bahawa akaun selebriti itu mungkin telah digodam oleh pihak lain.

Apa ada juga komen-komen nakal yang meminta Fizo supaya menjadi model topeng muka seluar dalam tu dan memuat naik gambarnya ke laman sosial.
Gara-gara ‘idea’ yang dicadangkan Fizo, ada juga yer peminatnya yang mengaku telah mencuba kaedah yang dicadangkan itu, namun telah dilarang oleh pihak berkuasa. Biar betik?! Hahahahah!
Kata Razi Razio, dia dah pun buat pakai seluar dalam sebagai topeng muka, tapi dia telah ditahan polis dan memintanya untuk membuang topeng tersebut. Haiyoooo gilo!

Adoiii! Macam-macam laa perangai manusia ni sejak dah kena kawalan PKP. Fizo mungkin sajer jer tu nak melawak, hilangkan stress sebab tak boleh keluar rumah.
Korang pun jangan laa serius sangat walaupun ‘gurauan’ tu nampak kasar. Apa-apa pun, kalau korang berani, cer try pakai seluar dalam buat topeng mulut, pastu ambik gambar tag kat Abang Jim ok! Nak jugak abang Jim tengok cantik ke idok. Huhuhuhu.
Baca artikel ini:Topeng Muka Dah Macam Emas. Perompak Bawa Lari 6,000 Topeng Muka