Uwerkk!! Lelaki AS Diburu Polis Lepas Jilat Barang ‘Toiletries’ Di Pasar Raya

Tak sudah-sudah ada masalah macam ni. Perangai pengotor sesetengah orang sememangnya tidak dapat dijangka. Malah sebelum ni bukan tak pernah viral perilaku beberapa individu yang melakukan tindakan pengotor semata-mata sebab nak raih perhatian.

Semua perkara buruk tu dibuat ekoran penularan COVID-19 termasuklah dengan menjilat tempat duduk tandas. Diaorang buat macam tu sebab nak sebarkan cabaran ‘Covid-19 Challenge’.

Sekarang ni timbul pulak lagi satu isu. Abang Jim pun tak faham perangai sesetengah individu yang suka buat benda-benda pelik.

Ada sorang lelaki ni telah bertindak menjilat barang-barang penjagaan peribadi atau toiletries kat sebuah pasar raya. Dah menjilat tu satu hal, dia pergi rekod perbuatan tu dan tular kat laman Twitter.

Baca artikel ini: Topeng Muka Dah Macam Emas. Perompak Bawa Lari 6,000 Topeng Muka

Video berdurasi kira-kira 5 saat itu menunjukkan lelaki tu menjilat produk yang ada kat rak sambil berkata “siapa yang takut dengan Coronavirus”.

Lelaki tu yang dipercayai berasal dari Missouri, AS, secara sengaja telah melakukan perbuatan menjijikan tu kini sedang diburu pihak polis selepas aksinya tersebar dalam laman sosial.

Rakaman tu muncul selepas tersebarnya satu klip video seorang lelaki ditangkap kat Belgium sebab dia menjilat jari-jarinya sebelum mengelapnya di atas pemegang tangan dalam sebuah pengangkutan awam kat sana.

Aksi yang dibuat tu telah mendatangkan fobia pada orang awam sebab dalam kajian yang dikeluarkan sebelum ni berkata, virus COVID-19 boleh hidup di atas permukaan antara beberapa jam hingga beberapa hari bergantung pada bahan dan material.

Sudah-sudah laa tu buat benda yang tak berfaedah ni. Nasib baik tak jadi kat Malaysia. Kalau ada, rasanya taubat si pelaku tu kena serang dengan ‘bawang rangers’ kat sini.

Baca artikel ini: Cinta punya pasal, Corona pun Coronalah, janji Dapat Buktikan Cintaku Padamu

Read Previous

Dah Bosan Layan Drama? Cuba Korang Tonton 5 Filem Anime Terbaik Dari Jepun Ni

Read Next

Siapa Punya Kerja Ni?! Buruknyer perangai rembat sanitizer untuk kegunaan awam kat hospital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 − 15 =