5 Wabak Pernah Melanda Dunia Sebelum COVID-19

Hi uolssss … sepanjang Cik Sam hidupkan, pernah laa sebelum-sebelum ni Cik Sam dengar beberapa jenis wabak lain yang pernah menimbulkan kekecohan kat seluruh dunia sebelum timbulnya COVID-19 ni.

Mungkin korang sendiri termasuk Cik Sam sendiri pun tak pernah menjangkakan COVID-19 akan menyerang negara kita dan menimbulkan kekecohan di seluruh dunia.

So kat sini Cik Sam nak bagitahu korang 5 wabak yang pernah berlaku kat seluruh dunia.

MERS-CoV

Wabak ni dikesan kat Malaysia bila ada sorang pesakit berusia 54 tahun yang baru balik dari Jeddah, Arab Saudi. Bila dah sampai kat Malaysia, dia disahkan dijangkiti Middle East Respiratory Syndrome atau Sindrom Pernafasan Akut Timur Tengah. Kalau korang nak tahu, wabak ni dikatakan berpunca daripada unta. Mangsa yang dijangkiti akan mengalami sesak nafas. Kes MERS kali terakhir direkodkan pada 31 Disember 2017.

Wabak Ebola

Sampai hari ini wabak Ebola ni masih tersebar terutamanya kat beberapa buah negara di Afrika seperti Congo dan Uganda. WHO sendiri cakap Ebola ni akan dilaporkan berterusan dan tidak pernah berhenti. Tahun lepas jer seramai 1,500 orang disahkan meninggal dunia sebab Ebola.

Baca artikel ini: Apa laaa Fizo Omar Ni. Ada Ke Patut Seluar Dalam Jadi Topeng Penutup Mulut

Virus selesema burung

Wabak ni turut dikenali dengan nama “avian influenza” dengan kod H7N9. Wabak ni pertama kali dikesan dekat China pada tahun 2003. Wabak selesema burung ni yang berlaku kat luar China kali pertama dilaporkan di Malaysia pada tahun 2014. Puncanya, seorang pelancong wanita berusia 66 tahun dari Guangzhou telah datang melancong ke Malaysia. Setakat ini hanya ada tiga buah negara jer yang direkodkan pernah mendapat wabak selesema burung ni iaitu China, Malaysia dan Kanada.

SARS

SARS atau Sindrom Pernafasan Akut Teruk ni antara jangkitan wabak paling berbahaya. Penyebarannya berlaku secara global pada ketika dunia sedang bergelut dengan kemerosotan ekonomi pada tahun 2002. SARS ni dipercayai berpunca dari Guangdong selepas seorang petani mati akibat jangkitan pada paru-paru yang belum pernah ditemui pada 16 November 2002. SARS ni kemudiannya merebak pada 305 orang yang lain. SARS diisytiharkan bebas di seluruh dunia 2 tahun kemudian iaitu pada 19 Mei 2004.

Serangan Virus Nipah

Kalau empat wabak di atas dikatakan berpunca dari negara luar, Virus Nipah ni pula merupakan satu-satunya kes bersifat tempatan. Kes ni pertama kali dilaporkan berlaku dan berpusat di Ipoh, Perak pada tahun 1998. Dikatakan berpunca daripada 2 jenis haiwan iaitu kelawar dan juga babi. Sebab wabak inilah, sistem kawalan penyakit berjangkit di Malaysia dipertingkatkan. Puncanya bermula apabila berjuta-juta ekor babi didapati mengalami demam panas dan masalah pernafasan. Sebab nak kawal keadaan, 1.1 juta ekor babi terpaksa dimusnahkan dengan bayaran pampasan sebanyak RM120 seekor diberikan kepada penternak. Mangsa yang dijangkiti akan mengalami sakit kepala dan demam yang teruk dalam masa 48 jam.

Itulah dia guys antara wabak-wabak yang pernah melanda di seluruh dunia sehingga menimbulkan kekecohan pada negara. Cik Sam berharap sangat situasi sekarang yang berdepan dengan COVID-19 ni akan segera pulih.

Korang pun mesti berharap benda yang samakan? So jangan ingkar pada beberapa arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah ok.

Baca artikel ini: Takut Terkena Jangkitan Pada Mesin ATM? Cuba Ikut Kaedah Ni

Read Previous

Apa laaa Fizo Omar Ni. Ada Ke Patut Seluar Dalam Jadi Topeng Penutup Mulut

Read Next

Topeng Aneh Dan Menyeramkan Untuk Korang Yang Jenis Tak Kisah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + 16 =