Kes rompakan melibatkan emas mungkin dah selalu sangat kot korang dengar terjadi kat kedai menjual barangan kemas. Memang wajarlah emas tu dirompak sebab harganya yang mahal. So tak pelik pun kalau perompak memang mensasarkan untuk merompak emas sebab nilainya yang tinggi kat pasaran.
Tapi kes yang jadi kat Jepun ni memang rare. Tak tahu laa nak kata apa. Kalau kat Malaysia memang orang kat sini semua tengah berebut-rebut nak dapatkan topeng muka sebab bekalan topeng yang tidak mencukupi.
Sama laa juga kat negara-negara lain termasuk Jepun. Sampaikan kat sana, telah berlaku satu kejadian rompakan dimana, sekumpulan perompak telah melarikan kira-kira 6,000 topeng muka dari sebuah hospital.
Baca juga artikel ini: Rupanya Degil Tu Ada Sebab. Kenapa Seseorang Tu Degil?
Terdesak sangat dah tu kot. Kejadian tu berlaku ditengah-tengah situasi negara itu yang kini sedang mengalami kekurangan bekalan topeng muka besar-besaran akibat COVID-19.
Topeng muka sekarang ni pun dah sama level dengan barangan berharga. Sampaikan orang sanggup membeli topeng muka yang dijual secara dalam talian dengan harga yang tidak masuk akal.
Pegawai hospital yang terlibat tu cakap, sebanyak empat kotak topeng muka hilang dari tempat penyimpanan berkunci kat Hospital Palang Merah Jepun di bandar pelabuhan barat Kobe.
Kata pegawai tu, hospital terbabit ada jer bekalan topeng yang mencukupi untuk meneruskan operasi harian kat hospital.
Tapi kejadian kecurian topeng muka tu benar-benar telah merugikan pihak hospital yang sememangnya sangat-sangat perlukan bekalan topeng muka.
Korang rasa perompak tu curi topeng banyak-banyak sebab nak buat apa? Ofcourse laaa nak jual balik. Pihak hospital sendiri mengesyaki perompak tu bercadang untuk menjual semula topeng yang dicuri memandangkan harganya cukup tinggi di pasaran.
Rompakan topeng yang berlaku kat Jepun tu terjadi selang beberapa hari jer selepas ada tiga orang lelaki bertopeng yang bersenjatakan pisau telah mengugut pemandu lori dan melarikan ratusan tisu tandas kat Hong Kong.
So korang, jangan main-main yer dengan tisu tandas. Benda tu sekarang sangat bernilai. Kalau tak, takkan laa boleh jadi aksi tumbuk-menumbuk pelanggan sebuah pasaraya kat Australia baru-baru ni sebab berebut nakkan tisu tandas.
Agaknya kalau dicampak duit dengan tisu tandas, orang lagi berebut nakkan tisu tandas berbanding duit kot? Hahaha!
Baca juga artikel ini: Bosan Ke Dok Umah? Cer Try Belajar Buat Ukiran Halus Indah Pada Buah Avocado