Abang Jim sekarang ni dah jadi fobia kalau pegang apa sahaja. Tapi masa nak keluarkan duit kat mesin ATM, terpaksa Abang Jim sentuh mesin tu juga.
Abang Jim jumpa kat laman sosial satu kaedah yang boleh digunakan sewaktu menggunakan mesin ATM.
Baca artikel ini: Siapa Punya Kerja Ni?! Buruknyer perangai rembat sanitizer untuk kegunaan awam kat hospital
Mesin ATM ni antara benda yang paling kerap digunakan oleh orang ramai pada setiap hari untuk mengeluarkan atau mendepositkan wang.
So banyaklah tangan-tangan yang menyentuh mesin ATM tu dan menjadi punca penyebaran wabak. Haaa… Kat sini Abang Jim nak kasi tahu kaedah yang boleh korang buat ketika beratur dan berurusan dengan mesin ATM. Kaedah ni dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Muhammad Zaipul Abu Almakmun.
Yang pertama ialah korang balut hujung pen menggunakan tisu kering atau tisu basah. Pastu korang guna hujung pen yang telah dibalut tisu tu untuk tekan butang pada skrin mesin ATM dan berurusan seperti biasa.
Setelah selesai, buang tisu yang digunakan. Lap tangan menggunakan tisu basah yang baru untuk memastikan tangan kekal bersih.
Dengan kaedah tersebut, korang boleh mengelakkan jari daripada tersentuh mesin ATM yang berkemungkinan besar terdapat bakteria kat situ sebab COVID-19 ni bukanlah merebak atau berjangkit melalui udara, tapi lebih kepada sentuhan.
Abang Jim harap korang mengamalkan kebersihan dan sentiasa patuh pada arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah ok.
Baca artikel ini: Uwerkk!! Lelaki AS Diburu Polis Lepas Jilat Barang ‘Toiletries’ Di Pasar Raya