Sebelum Keluar Berbelanja, Makan Dulu Makanan Berkhasiat. Kenapa ek?

Panik buying yang menghantui rakyat negara ni sejak minggu lalu masih diteruskan sampai sekarang yer guys.

Walaupun pihak kerajaan atau pengusaha pasaraya dah cakap, barang keperluan akan mencukupi, malah dorang tidak akan tutup pasaraya walaupun sewaktu arahan Perintah Kawalan Pergerakan dibuat, masih berduyun-duyun lagi orang ramai menyerbu pasaraya untuk membeli bekalan makanan.

Dah tu, habis penuh satu troli dorang borong, ibarat tiada lagi hari esok. Haishh! Ada pembeli pulak, beli jer apa yang dirasakan mungkin diperlukan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tu dikuatkuasakan, tanpa memikirkan adalah barang yang dibeli itu benar-benar diperlukan atau tidak?

Sama laaa jugak kalau hari lain pun. Pernah tak korang plan awalnya nak beli barang tertentu, tapi end up, korang masih beli barang yang korang nak tu, tapi korang tambah dengan beberapa barang lain sampai budget korang lari. Abang Jim selalu ada masalah macam tu.

Mata ni pantang nampak benda-benda yang tak sepatutnya ada dalam senarai, tapi ntah macam mana tiba-tiba boleh termasuk dalam bakul.

Baru-baru ni Abang Jim ada terbaca satu artikel yang abang rasa cukup menarik. Ada sekumpulan penyelidik dari AS mendapati, makanan mampu mempengaruhi barangan yang dibeli semasa korang keluar membeli-belah.

So, kalau kes macam Abang Jim tadi, tu bermakna Abang Jim telah tersalah makan sebelum keluar beli barang.

Sebabnya, dalam kajian yang dijalankan, individu yang makan sebiji buah epal sebelum keluar membeli-belah akan berbelanja sehingga 25% produk yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Dalam kajian tu jugak mendapati, individu yang makan makanan ringan macam biskut atau coklat sebelum keluar membeli-belah akan lebih cenderung untuk beli makanan yang tinggi kandungan kalori semasa di pasar raya.

Kajian tu bukan cakap kosong jer tau, sebaliknya ia telah pun diterbitkan dalam Jurnal Psikologi dan Pemasaran.

So maknanya kat sini, sebelum korang keluar membeli-belah, korang kena makan dahulu sedikit makanan yang berkhasiat untuk mengubah pemikiran korang daripada membeli makanan ringan kepada makanan yang lebih berkhasiat.

Kenyataan tu disokong dalam satu uji kaji yang dijalankan terhadap 56 orang individu yang telah diberi pilihan untuk memakan makanan ringan atau buah epal sebelum ke pasar raya.

Hasilnya? Individu yang memakan buah epal lebih cenderung memikirkan untuk membeli makanan yang sihat semasa membeli-belah.

So korang, boleh laa kot try benda ni sebelum korang decide untuk keluar berbelanja. Dengan kaedah ni korang akan lebih fokus untuk beli benda yang sepatutnya daripada buang duit beli benda yang tak berfaedah.

Kalau sekarang ni pun, korang kalau nak berbelanja ingat-ingat laa sikit orang belakang tu. Kesian orang lain pun nak membeli jugak. Korang angkut bawak masuk troli tu agak-agak sikit yer.

Read Previous

Bosan Ke Dok Umah? Cer Try Belajar Buat Ukiran Halus Indah Pada Buah Avocado

Read Next

Rupanya Degil Tu Ada Sebab. Kenapa Seseorang Tu Degil?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × five =