Rupanya Degil Tu Ada Sebab. Kenapa Seseorang Tu Degil?

Sejak kebelakangan ni ramai yang bising-bising pasal sesetengah netizen yang degil. Tak nak duduk rumah walaupun selepas Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan.

Abang Jim pun sama kecewa tengok sesetengah sikap degil sesetengah masyarakat yang susah sangat nak ikut arahan dan perintah yang dikeluarkan.

Kenapa laa tak nak dengar cakap? Arahan mudah macam tu pun susah nak ikut. Suruh duduk dalam rumah jer pun. Bukan lama 2 minggu jer. Boleh keluar tapi kalau bukan atas urusan penting, kan baik korang duduk jer kat rumah.

Kadang-kadang Abang Jim pernah terfikir gak kenapa ada wujud orang yang degil yer? Memang dah sifat semula jadi ke? Atau ada sebab tertentu yang jadikan seseorang tu degil?

Mesti masing-masing ada alasan sendiri kenapa korang tak nak dengar kata dan degil kan? Kat sini, Abang Jim cuma nak kongsi dengan korang semua apakah faktor utama yang menyebabkan orang degil dan tak dengar kata.

Masa

Faktor utama orang boleh degil adalah sebab masa. Kalau diaorang masih duduk di rumah ibu bapa, mungkin disebabkan parents diaorang jarang nak luangkan masa bersama. Atau mungkin juga sebab diaorang tu dan ini adalah masa untuk mereka buat keputusan untuk diri sendiri. Sebab itu mereka kurang nak dengar cakap dan kadang-kadang itu layan tak layan jer.

Baca juga artikel ini: Betul Ke Darah ‘O’ Kebal COVID-19? Habistu Darah-Darah Lain?

Tekanan

Banyak tekanan juga antara faktor utama kenapa orang degil dan tak nak dengar cakap. Bila stress memang kita tak nak layan langsung orang sebab tak nak terbawa-bawa perasaan dan emosi, betul tak? Tapi kalau rasa tertekan pun janganlah sampai sakitkan hati orang lain kalau keadaan itu betul-betul terdesak okay!

Pemakanan

Woman in pink lipstick biting large chocolate bar

Banyak makan, malas buat kerja, lepas itu tak nak dengar cakap, jadilah budak degil. Baik mengaku siapa yang ada perangai macam ini? Sebab itu kita digalakkan untuk menjaga pemakanan, jadi nanti kita tak malas buat sebarang kerja dan aktiviti. Dan akan sentiasa mendengar cakap tak jadi budak degil.

Selamatkan diri

Ini pula bila diaorang nak selamatkan diri dari tak nak buat kerja dan mula buat-buat pekak. Ish! Ish! Apa punya perangai ini! Haha! Apa kata kalau kes sebegini, uols pergi saja tolong dan buat kerja itu dulu. Bila dah settle, baru buat kerja korang semula, dan jangan terlalu degil sebab nanti kalau dah terbiasa, lama-lama orang tak suka dengan perangai korang yang seperti ini.

Kurang perhatian

Faktor paling utama adalah sebab korang kurang perhatian. Disebabkan masing-masing sangat memerlukan kasih sayang tapi kurang diberi perhatian sebab itu kadang-kadang ada yang nak buat-buat degil dan tak dengar cakap sebab atas dasar nak balas semula.

Jadi sekarang ini korang dah tahu kan faktor kenapa orang selalu degil dan tak dengar kata? Mungkin orang yang degil tak nak dengar kata Perintah Kawalan Pergerakan tu ada masalah di atas.

Dan rasanya, selepas ini kedua-dua pihak kena faham situasi masing-masing sebab kita tak boleh sangat nak salahkan satu pihak saja kenapa mereka degil dan tak nak dengar cakap, mungkin mereka ada masalah tertentu waktu itu.

Baca juga artikel ini: Bosan Ke Dok Umah? Cer Try Belajar Buat Ukiran Halus Indah Pada Buah Avocado

Read Previous

Sebelum Keluar Berbelanja, Makan Dulu Makanan Berkhasiat. Kenapa ek?

Read Next

Hand Sanitizer Out of Stock? Buat Sendiri Jer laa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen + fourteen =