Hand Sanitizer Out of Stock? Buat Sendiri Jer laa

Ramai  sekarang ni yang risau sebab penularan wabak COVID-19 kat negara ni semakin menjadi-jadi. Jumlah pesakit positif semakin meningkat dan membimbangkan.

Masing-masing cuba sebaik mungkin untuk menghindari daripada terkena jangkitan COVID-19 termasuk dengan akur pada Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasa sejak 18 Mac lalu.

Korang patuh ke tidak? Abang Jim tengok kat media sosial, masih ada lagi orang yang ketegaq tak dengar cakap masih lagi boleh dok ‘bersidai’ kat luar rumah.

Kat Penang misalnya, urusan pasar pagi kat sesetengah tempat masih berjalan sampai menimbulkan kegeraman dan membuatkan orang lain marah.

Yer laa, dah pemerintah suruh duduk rumah, jangan berada di tempat terbuka dalam keadaan ramai orang, tapi dorang masih lagi berdegil.

Korang sepatutnya kena sedar penularan COVID-19 sekarang ni dah jadi semakin serius. So antara lain, korang perlu ada kesedaran tentang pentingnya penjagaan diri dari dijangkiti wabak yang boleh membawa maut ini.

Baca juga artikel ini: Betul Ke Darah ‘O’ Kebal COVID-19? Habistu Darah-Darah Lain?

Antara langkah yang diambil termasuklah dengan kerap mencuci tangan menggunakan cecair pembersih tangan ataupun lebih dikenali sebagai hand sanitizer.

Tapi apa nak buat. Disebabkan permintaan yang terlalu tinggi, penjualan bagi barang tersebut meningkat, malah stok bagi hand sanitizer yang sering dilihat ada kat rak kedai habis licin.

Haaaa. Sebagai masyarakat yang bijak, korang mungkin boleh atasi masalah ni dengan buat sendiri hand sanitizer korang kat rumah.

Abang Jim ambil tip di yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Ir Abdul Rahman Bahasa tentang cara-cara membuat hand sanitizer sendiri yang diperoleh semasa dia mengunjungi sebuah farmasi baru-baru ini.

Apa yang menarik kat sini, hand sanitizer yang dibuat sendiri ni hanya memerlukan dua bahan sahaja, so modal yang korang keluarkan juga murah iaitu hanya sekitar RM11.70 sahaja. Malah korang boleh buat 5 botol hand sanitizer bersaiz 50ml. Wow!

Menurut Abdul Rahman, dua bahan yang diperlukan untuk membuat homemade hand sanitizer itu ialah cecair Dettol dan sterile water.

Cara nak buatnya pula cukup mudah iaitu dengan campurkan 20% Dettol, 80% sterile water. 

So, kalau korang nak buat 100ml hand sanitizer sukatannya ialah 20ml Dettol, 80ml sterile water. Kalau nak buat 50ml hand sanitizer pula sukatannya ialah10ml Dettol, 40ml sterile water.

Kid washing hands. Clean hand without germs and bacterias under faucet. Childrens handwashing, virus protection vector concept. Illustration of hand wash water, care health and hygiene prevention

Korang boleh sukat guna picagari atau lain-lain alat sukatan yang bersesuaian ya. Then finally letak dalam botol spray. Korang boleh guna botol-botol spray kosong yang korang ada.

Tapi, ikut pharmacy tu, formula ini hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak umurnya 10 tahun ke atas sahaja.

Ini disebabkan atas faktor ketebalan kulit. Dettol punya effect agak kuat juga. Takut ada effect dekat kulit kanak-kanak yang umurnya bawah 10tahun.

Kalau kita cerita kos pula, tidaklah mahal sangat.Harga untul sebotol sterile water bersaiz 500ml Cuma RM6.90 manakala cecair Dettol pula RM45.80. Bergantung lokasi korang juga kot kalau harga lain-lain.

So untuk korang yang panik sebab tak dapat nak beli hand sanitizer, korang boleh laa guna kaedah yang diajar ni untuk sama-sama membasmi penularan COVID-19. Selamat Mencuba!

Baca juga artikel ini: Ambil Perhatian! Ikut Arahan Ni Kalau Ke Klinik Atau Hospital Kalau Tak Nak Dijangkiti



Read Previous

Rupanya Degil Tu Ada Sebab. Kenapa Seseorang Tu Degil?

Read Next

Cinta punya pasal, Corona pun Coronalah, janji Dapat Buktikan Cintaku Padamu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 + nine =