Bila laaa agaknya isu COVID-19 ni nak redakan? Cik Sam harap penularan virus ni cepat-cepat laa reda.
Bukan apa, makin hari, makin ramai pulak yang dijangkiti. Bukan takat kat Malaysia jer, paling sedih kat Itali bila baru-baru ni, seramai lima orang doctor kat sana telah meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19.
Semuanya sebab nak selamatkan lebih 41,000 mangsa yang dah disahkan positif menghidap COVID-19. Hurmm. Kesiannyerr Cik Sam dengar benda ni. Rasa takut sangat.
Tapi baru-baru ni, Cik Sam ada terbaca satu artikel ni yang cakap orang ada yang darah jenis O dikatakan lebih ‘kebal’ untuk menangani COVID-19? Betul ke? Darah korang jenis apa?
Sebabnya, kat Beijing, kajian awal oleh doktor kat sana cakap, individu yang ada darah jenis A dipercayai lebih mudah untuk dapat COVID-19 berbanding orang yang darah jenis O.
Baca juga artikel ini:Alamak! Apa Dah Jadi Ni? Tolong Laaa Rakyat Malaysia oiii
Pendapat doktor tu diperkukuhkan lagi sebab dorang kata, kebanyakan mangsa yang meninggal dunia akibat dijangkiti dekat Wuhan dan Shenzhen merupakan kumpulan pesakit darah A.
Manakala, hanya sebilangan kecil sahaja yang mati memiliki darah jenis O. Tapi benda ni belum sahih lagi, so korang yang berdarah A tu tak perlu nak gelabah sangat ok.
Disebabkan perkara tu, doktor kat sana nasihatkan orang awam dalam kumpulan darah A supaya lebih hati-hati dan tingkatkan daya tahan badan untuk kurangkan risiko dijangkiti.
Tapi, ketua pasukan, WangXinghuan kata, kajian yang dorang buat tu masih terlalu awal dan perlu buat lebih banyak kajian untuk buktikan kesahihannya. Dalam satu ujian, dorang telah bandingkan lebih 2,173 jenis darah yang dah disahkan positif COVID-19 kat Wuhan dan juga Shenzhen.
Daripada jumlah tu, kira-kira 37.75 peratus memiliki jenis darah A. Korang yang memiliki darah jenis A tak perlu panik pun sebab kajian tu tak bermakna korang akan dijangkiti 100%. Kajian tu juga tak membuktikan pesakit berdarah O akan selamat.
Apa yang penting, korang kena kerap mencuci tangan dan ikut garis panduan dan peraturan yang pemerintah dah keluarkan iaitu duduk di rumah!
Baca juga artikel ini: Ambil Perhatian! Ikut Arahan Ni Kalau Ke Klinik Atau Hospital Kalau Tak Nak Dijangkiti