Ko Dah Kenapa Berperangai Tak Senonoh ni? Nak Sebarkan COVID-19 Ke?

Tengah-tengah musim virus ni jangan laa buat benda yang bukan-bukan. Ini tak, orang lagi nak jaga kebersihan sebab COVID-19, yang dia ni pulak buat benda yang tak senonoh.

Abang Jim cukup alergik betul dengan orang yang tak reti guna tandas dengan proper ni. Haiyooo! Abang Jim membebel ni bukan apa, sebab nak kaitkan dengan satu kisah yang jadi kat Sydney, Australia ni.

Ada seorang wanita kat sana telah berkelakuan aneh dengan menyapu air kencingnya sendiri di kerusi dalam sebuah tren. Eeeee yekk!!

Baca juga artikel ini: Yang Aneh-Aneh Jer Peraturan Pelik Beberapa Negara Di Dunia

Memetik laporan Daily Mail, rakaman imej video menunjukkan wanita berusia 21 tahun itu telah mencangkung di lantai dan kencing di antara dua baris kerusi dalam tren tersebut. Korang boleh bayangkan tak?

Dalam rakaman video tu, wanita muda tersebut dilihat menadah air kencingnya dengan tangan dan kemudian mengelap kedua-dua tangannya di kerusi dengan berlatar belakangkan bunyi muzik.

Maklumat akaun Facebook dan Linkedln yang telah mendedahkan wanita itu merupakan seorang perancang acara. Kalau korang nak tengok video tu tak sempat dah selepas ia dah dipadam selepas dimuat naik.

Tapi sempat gak laa netizen kat sana melemparkan komen-komen negative pada hantaran rakaman video dengan keterangan ‘Selamat Hari Wanita Sedunia’

Salah seorang pengguna laman sosial menggelar video itu ‘jalang’ selain turut mempersoalkan orang jenis apa wanita seperti itu. Kalau Abang Jim nampak laa orang jenis tu kat sini, mau makan tapak kaki. Hahah!

Ada komen lain plak cakap, ibu bapa wanita itu mesti bangga dengan kelakuan yang dilakukan oleh anaknya.

Tapi ada gak netizen yang mempersoalkan tindakan orang ramai memberi komen pada video tu sebab ia adalah satu bentuk buli dan gangguan. So dorang mintak video tersebut dipadam semula.

Korang semua jangan ikut ok perangai macam ni. Jaga kebersihan. Ingat kerap cuci tangan dan elakkan berada kat tempat tumpuan ramai kalau tak nak dijangkiti. Duduk rumahkan lagi bagus.

Jurucakap polis New South Wales dalam satu kenyataan kat Daily Mail Australia cakap, pihaknya sedang menyiasat insiden tu dah akan mencari pelaku untuk diambil tindakan.

Haishh! Macam-macam hal. Dah laa sekarang ni tengah heboh pasal Corona virus, lagi buat perangai jijik macam ne.

Abang harap adik-adik abang takde laaa yang berperangai jijik macam ni yer. Kalau ada siap!

Baca juga artikel ini: Fesyen Apa Ni Weh?! Pakai Kostum Ketat Untuk Hilangkan Stress?

Read Previous

Ambil Perhatian! Ikut Arahan Ni Kalau Ke Klinik Atau Hospital Kalau Tak Nak Dijangkiti

Read Next

Betul Ke Darah ‘O’ Kebal COVID-19? Habistu Darah-Darah Lain?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − 8 =