Ambil Perhatian! Ikut Arahan Ni Kalau Ke Klinik Atau Hospital Kalau Tak Nak Dijangkiti

Sekarang ni kalau nak keluar rumah pun rasa takut. Yer laa, heboh sekarang ni pasal penularan virus COVID-19.

Sampaikan pihak kerajaan terpaksa mengambil langkah pencegahan dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari.

Segala bentuk aktiviti harian tergendala. Yang bekerja pula disuruh bekerja dari rumah sahaja. Tapi ada sesetengah perkara kita tak dapat elakkan daripada keluar daripada kediaman masing-masing.

Yer laa, kadang-kadang ada urusan penting yang perlu dilakukan di luar rumah, termasuklah untuk ke hospital atau klinik atas sebab-sebab tertentu.

Kali ni Abang Jim nak bagi pesanan sikit kat korang semua tentang etika kalau ke klinik atau hospital seperti yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Baca juga artikel ini: Alamak! Apa Dah Jadi Ni? Tolong Laaa Rakyat Malaysia oiii

Menurut Dr. Kamarul, sebagai seorang doctor yang bertugas kat klinik, dia memohon supaya orang ramai mempertimbangkan beberapa perkara kalau hendak ke klinik.

Antara perkara yang dipertimbangkan ialah, kalau nak ke klinik, korang tak perlu bawa orang yang tak sakit ke klinik tersebut. Hanya orang yang sakit dan seorang pengiringnya (kalau ada) yang sepatutnya datang ke klinik. Orang yang sihat harus kurangkan kontak dengan orang sakit.

Perkara ni bertujuan untuk mengurangkan risiko jangkitan terhadap individu yang sakit kepada individu yang sihat.

Kalau tak sakit, sekadar inginkan MC sahaja, elok korang batalkan niat tu pergi ke klinik. Sebab silap hari bulan, korang bukan bawa balik slip MC, tapi COVID-19. Memang tak berbaloi langsung korang ambil risiko macam tu.

Pesan Dr. Kamarul lagi, kalau ada gejala, korang diminta untuk pakai topeng penutup mulut dan hidung dan duduk jauh sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang lain ketika berada di ruangan menunggu. Lagi satu, kurangkan menyentuh persekitaran sebab jangkitan boleh terjadi daripada sentuhan juga.

Kalau korang ada sejarah berkunjung ke negara China, Jepun, Korea, Taiwan atau Hong Kong atau ada bertemu dengan individu yang positif COVID-19, korang disaran untuk segera pergi ke hospital.

Korang juga tak perlu nak bersalaman dengan doktor atau suruh anak-anak korang bersalaman dengan doktor. Kurangkan berbual kosong dan fokus pada masalah kesihatan korang tu.

Bila dah selesai dan keluar sahaja dari klinik, terus pulang ke rumah. Tak perlu nak singgah mana-mana tempat awam dahulu. Bila dah sampai rumah, korang perlu mandi dan salin pakaian yang bersih.

Waktu-waktu macam ni, korang perlu lebih bersikap peka dengan keadaan sekeliling. Kalau korang faham dan ikut nasihat yang disarankan, korang akan dapat memutuskan rantaian jangkitan antara individu yang sihat.

Baca juga artikel ini: Duduk Rumah, Patuhi Arahan Kalau Tak Nak Kes Meningkat

Read Previous

Alamak! Apa Dah Jadi Ni? Tolong Laaa Rakyat Malaysia oiii

Read Next

Ko Dah Kenapa Berperangai Tak Senonoh ni? Nak Sebarkan COVID-19 Ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty + sixteen =