Korang pernah tak jumpa peraturan yang korang rasa macam…Ishhh! Mengarut jer. Kalau so far Abang Jim tak pernah lagi laa jumpa peraturan yang Abang Jim rasa macam tak masuk akal.
Kat Malaysia pun rasanya tak ada kot peraturan yang macam tu. Tapi Abang Jim macam tak puas hati laa kenapa kalau pergi makan kat mana-mana kedai, mesti ada tulis ‘Outside Food Not Allowed’. Why? Why? Kalau bawa masuk makanan luar kedai tu boleh ‘bungkus’ ke? Hahaha.
Tapi pernah laa jadi satu kejadian ni, masa tu Abang Jim nak makan kat satu restoran ni. Itu pun tak plan sebenarnya sebab terjumpa sorang kawan lama, dia pun ajak makan. Kebetulan pulak masa tu Abang Jim ada beli burger tepi jalan tu.
Kat restoran tu takkan Abang Jim nak order makanan lain yer dak? So Abang Jim makan jer laa burger tu. Sekali kau! Kena tegur tak boleh makan makanan luar. I was like hello?? Walaupun tak order makanan, tapi Abang Jim order air kot. Dah lar tegur cakap kuat-kuat macam laa kita ni pekak.
Ok malas nak meroyan. Now Abang Jim nak story sikit beberapa peraturan pelik yang ada kat beberapa buah negara kat seluruh dunia ni. Sila hadam!
Jepun
First ialah negara Jepun. Salah satu negara yang ada kat dalam bucket list Abang Jim nak pergi travel nanti. Cepat-cepat laa habis isu virus korona ni.. Haih! Ok kat Jepun, orang-orang kat sana memang terkenal dengan sifat sopan-santun dan etika yang sangat baik tau. Kalau korang pergi Jepun, salah satu peraturan yang korang selalu langgar ialah adab ketika makan! Ada beberapa perkara yang tidak seharusnya korang buat semasa makan. Alahaiii leceh. Nak makan pun kena beradab macam pengantin! Pertama, masa korang makan sushi, korang kena makan terus sekali suap, tak boleh gigit sikit-sikit. Kalau korang buat macam tu, bermaksud korang memperlecehkan chef yang buat sushi tu dan korang boleh ditegur kerana dianggap tidak sopan.
China
Girls..Kalau boipren korang kasi bunga, suka tak? Tapi kalau korang bercinta kat China, jangan bagi bunga kat kekasih korang sebagai tanda mencintai tau. Sebab kat sana, pemberian bunga dianggap sebagai simbol kepada kematian. So, kalau korang bagi bunga kat orang dari China, tu bermaksud korang sumpah dia supaya cepat mati. So becareful yerrr. Ahakz!
Turki
Korang tahu tak simbol OK macam mana? Alaaa macam mana Abang Jim nak cakap ek. Korang tengok jer laa gambar kat atas ni. Biasanya kalau korang buat simbol tangan macam gambar kat atas tu, ia memberi isyarat yang membawa maksud ‘OK’. Tapi kalau kat Turki, ia membawa maksud berbeza sebab simbol ‘OK’ tu dianggap menghina dan menentang mereka.
Thailand
“Kerana mulut badan binasa”. Argh! Gittchewww. Korang mesti tahu masyarakat Thailand sangat menjunjung tinggi Raja mereka. Bahkan, panggung wayang kat sana akan memainkan lagu kebangsaan sebelum sesuatu filem itu start sebagai tanda menghormati dan menjunjung tinggi Raja Thailand. So, kalau korang pergi Thailand, jaga sikit mulut tu jangan nak cakap bukan-bukan mengutuk kerajaan sana. Mungkin orang sana tak faham sebab mostly orang Thailand tak fasih berbahasa Inggeris. Tapi once kalau dia tahu, masak laaa korang. Silap-silap boleh dipenjarakan!
Jerman
Yang tidak-tidak jer peraturan kat Jerman ni. Nak bercakap pun kena ada tatatertip. Abang Jim tak kowserr laa kalau macam ni. Sebagai sebuah negara yang terkenal dengan ketegasan tenteranya, Jerman ada satu peraturan yang dianggap macam..erkk?? Kalau korang berbual dengan orang Jerman, jangan cuba nak sembunyikan tangan korang. Letak kat belakang laa, dalam poket seluar laa atau memeluk tubuh. Menyembunyikan tangan dianggap sebagai tidak menghargai apa yang dikatakan oleh orang yang berbual dengan korang tu. Makanya korang akan membuatkan diaorang berasa sakit hati. Ehh kesah pulak Abang Jim. Hahaha!
Rusia
Hahahaha! Yang ini memang Abang Jim tak boleh hadam. Sebab senyum korang akan ditimpa masalah yer guys. Kat Rusia tak payah nak acah-acah peramah senyum kat semua orang kat Rusia tu. Sebab memberi senyuman pada orang yang tidak dikenali di Rusia dianggap tidak sopan! Kau nak senyum, kau senyum kat orang yang kau kenal jer. So jangan pelik kalau kat Rusia kau tengok orang-orang kat sana mula ketat jer semua. Sebab senyum pada orang tak dikenali adalah dilarang!
Baca juga artikel ini Badut si Pencuri Hati
Korea Selatan
Orang kita ni kalau nyembang, memang tak pandang dah orang kiri kanan. Tak kisah laa kat mana-mana pun, kalau bercakap macam member sebelah tu pekak. Korang buat laa perangai macam tu kat Korea, nak tengok apa reaksi diaorang. Tapi serius guys, benda ni atas pengalaman Abang Jim sendiri tau. Abang Jim ni mulut boleh tahan jugak kuat membebel. Jangan suruh ketawa, sampai meleleh air mata kalau gelak. Kat Korea perangai Abang Jim macam ni laaa. Dah tak pasal-pasal orang sana pandang Abang Jim macam orang gila. Kat Korea, bercakap dengan nada kuat kat dalam pengangkutan awam dianggap kejam dan mengganggu ketenteraman awam. So kalau korang nak berbual, pakai WhatsApp jer.
Norway
Membunyikan hon kenderaan adalah hal yang sangat, sangat, sangat, sangat jarang berlaku kat Norway. Sebab orang kat sana hanya akan membunyikan hon bila ada kecemasan sahaja. Kalau jalan sesak sekali pun, korang takkan dengar satu pun kenderaan yang akan membunyikan hon. Kalau tiada kecemasan tapi korang tetap membunyikan hon, korang boleh menyebabkan pengguna kenderaan lain kat sana panik! Padahal tak ada apa-apa pun.
Perancis
Orang Perancis anggap makanan adalah sesuatu yang suci. So korang kena tahu adab selepas makan kalau korang ada kat Perancis. Salah satunya ialah, korang tak boleh makan sambil berjalan. Sebab orang kat sana anggap makan sambil berjalan ni kelakuan yang kasar dan tidak sopan. Ok Abang Jim setuju sangat benda. Memang nampak tak sopan pun makan sambil berdiri. Tapi Abang Jim kadang-kadang buat gak. Bye.
Itali
Negara Itali memang terkenal dengan makanan seperti pizza, pasta, minuman mocha dan cappuccino. But guys, korang tak boleh beli minuman cappuccino tu sesuka hati tau. Sebab ada peraturannya. Korang hanya boleh beli minuman cappuccino pada waktu siang sahaja dan bukan pada waktu malam. Korang tidak akan masuk penjara pun kalau pesan cappuccino pada waktu malam, tapi korang akan dipandang pelik dan diketawakan. Reason? Ntah laa..Hahahah!
So itulah beberapa peraturan yang Abang Jim rasa macam pelik jer ada kat beberapa buah negara di dunia ni. Walau sepelik mana pun peraturan tu, sebagai orang luar, kita kena hormat dan pelajari peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara tu. Ibarat kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Oklah, penat membebel. Babai!
Baca juga artikel ini Kek besarkan payudara? 3 trend kecantikan pelik kat Jepun