Alamak! Apa Dah Jadi Ni? Tolong Laaa Rakyat Malaysia oiii

Memalukan! Itu jer yang Abang Jim boleh cakap tentang perangai sesetengah netizen kat Malaysia ni. Kenapa? Abang Jim yakin semua rakyat kat negara ni terdidik dengan baik. Sejak dibangku sekolah lagi dah diterapkan dengan nilai-nilai moral, adab dan kesopanan. Tapi kenapa laaa jadi sampai macam ni.

Tak pasal-pasal sebab sikap kerakusan korang tu, telah menyusahkan ramai pihak terutamanya pekerja di pasar raya.

Kenapa? Sebab korang semua gelojoh. Masing-masing panik bila kerajaan isytriharkan Perintah Kawalan Pergerakan. Hellooo? Kerajaan dah cakap, korang masih boleh keluar untuk berbelanja dan pasar raya tidak ditutup.

Baca juga artikel ini: Sampai Hati… Kesiankanlah Atok dengan Nenek Tu!

So why panic? Masing-masing berbelanja macam tiada lagi hari esok. Ehh! Tu tajuk lagu Sharifah Aini. Hahahaha! Macam ni laaa, bila korang semua berkerumun kat pasaraya, masing-masing berebut tak nak kalah.

Nak tengok troli siapa yang paling penuh. Bila dah jadi terlalu ramai, nak beratur Panjang pun korang jadi malas. End up? Troli korang yang bertimbun dengan barang keperluan tu korang tinggalkan macam tu jer.

Bersepah-sepah! Ada barang yang kat dalam troli tu rosak sebab kerakusan korang semua. Habis siapa yang nak ganti tu?

Barang-barang yang korang dah ambil letak dalam troli tu pulak siapa yang nak kemas? Korang ke? Jadilah seorang warga yang prihatin. Masing-masing kalau bagi kerjasama, bertolak ansur untuk memudahkan urusan orang lain.

Tapi Abang Jim tak boleh nak salahkan masyarakat 100% sebab bila berlaku sesuatu keadaan mencemaskan macam ni, masing-masing akan rasa cemas dan memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku nanti.

Tapi seharusnya rakyat perlu bersikap lebih prihatin dan tidak pentingkan diri. Korang bayangkan, peniaga dah tentu rugi jadi benda macam ni.

Siapa pula yang nak tanggung kerugian diaorang tu? Apa yang penting sekarang, korang semua, sebagai rakyat Malaysia yang berpendidikan harus lebih bersikap profesional dan patuh arahan pihak berkuasa ok.

Baca juga artikel ini: Tak Patut Berlaku. Kesian Kat Budak-Budak Asrama

Read Previous

Duduk Rumah, Patuhi Arahan Kalau Tak Nak Kes Meningkat

Read Next

Ambil Perhatian! Ikut Arahan Ni Kalau Ke Klinik Atau Hospital Kalau Tak Nak Dijangkiti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 + 18 =