Ketahui Kisah Tama, Si Bulus Yang Jadikan Stesen Kereta Api Di Jepun Popular Semula!

Malam tadi Abang Jim keluar cari makan. Tiba-tiba tengah malam teringin pulak perut ni nak makan burger tepi jalan. Gigih jugak laa keluar malam-malam buta jalan kaki semata-mata nak penuhi kehendak perut berkeroncong ni.

Malas nak drive, abang jalan kaki jer sebab ada satu kedai burger tak jauh dari rumah. Masa kat gerai burger tu, sambil-sambil menunggu burger abang siap, abang nampak ada seekor kucing tengah tidur kat sebelah gerai burger tu.

Baca juga artikel ini: Untungnyer kau anjing! Perkahwinan Mewah Chi Chi dan Harvey

Comel giler. Bulu dia tompok-tompok hitam, coklat dan putih. Abang Bob ingatkan kucing jalanan. Abang cakap kat tokey gerai burger tu, kucing yang tengah tidur tu comel sangat.

Bulu gebu dan bersih, macam kucing yang dijaga. Tokey gerai burger tu bagitahu, memang kucing tu dia yang jaga dan merupakan ‘pembantu’ kat gerai burgernya. Hahaha! Tergelak abang. Kata owner gerai tu, kucing tu dulu tak terurus, terbiar dan kotor. So sebab kesian, dia bawak kucing tu balik dan rawat elok-elok sampai jadi comel macam sekarang.

Sebab tak nak tinggalkan dia kat rumah, hari-hari owner tu bawak ke gerai jualan burger. Katanya lagi, sejak dia jaga kucing tu, rezekinya semakin melimpah ruah dan menganggap kucing yang diberi nama Aboy tu pembawa tuah.

Tiba-tiba Abang Bob teringat satu kisah yang hampir serupa berlaku kat Jepun. Kisah seekor kucing bernama Tama yang berjaya menyelamatkan sebuah stesen kereta api daripada ditutup daripada beroperasi.

Baca juga artikel ini: Perbezaan karakter pemilik anjing vs pemilik kucing

Kisahnya macam ni. Kat Jepun, ada sebuah stesen kereta api iaitu Stesen Kishi di bandar Kinokawa, iaitu hentian terakhir bagi Landasan Elektrik bagi Wilayah Wakayama.

Tama sebenarnya merupakan seekor kucing yang bekerja sebagai ‘Train Master’, lengkap berpakaian seakan-akan ketua stesen kereta api dan siap dengan topi khas lagi. Memang nampak segak si Tama!

Sejak Tama bekerja di situ, si bulus tersebut telah menjadi ‘bintang’ kerana semakin ramai pengunjung mahupun pelancong yang beratur untuk membeli tiket kereta api daripadanya serta menyebabkan perkhidmatan Kishigawa Line yang pernah hampir muflis pada asalnya, kembali menjana pendapatan lumayan hanya gara-gara kehadiran Tama di pintu masuk menjual tiket.

Korang jangan tak tahu, Tama pun siap ada bilik pejabat sendiri tau!

Malah, Tama juga menerima gaji daripada hasil kerjanya dalam bentuk makanan selain mempunyai blognya sendiri.

Pada tahun 2010, Tama secara rasmi dilantik menjadi Pegawai Operasi Stesen Kishi dan sebagai simboliknya struktur pintu masuk utama ke stesen berkenaan juga dibina menyerupai kepala seekor kucing yang membuatkan pengunjung serta peminat Tama semakin teruja untuk melawat kawasan pelancongan tersebut.

Bagaimanapun, Tama telah mati pada tahun 2015 akibat kegagalan jantung pada usia 16 tahun. Kematian Tama telah mengundang rasa sedih kepada warga stesen kereta api Kishi selain pelancong yang mengenali Tama. Kini, jawatan Tama telah disandang oleh seekor kucing pelatih bernama Nitama.

Sedih betul Abang Jim bila mengenangkan kisah si Tama ni. Walaupun dia hanya seekor kucing, tapi dia sangat disayangi oleh orang ramai, malah mempunyai pekerjaan dan jawatan yang tinggi!

Read Previous

Kebaikan Coklat Hitam Untuk Kekal Fokus

Read Next

Tak Patut Berlaku. Kesian Kat Budak-Budak Asrama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × 2 =