Untungnyer kau anjing! Perkahwinan Mewah Chi Chi dan Harvey

Bila laaaa min nak dapat jodoh ni. Umur dah makin lanjut. Orang lain sebaya min anak dah berderet-deret. Ada yang dah masuk sekolah dah. Min ni jangan kata jodoh, teman wanita pun tak ada. Eh! Kan dah kantoi min ni lelaki. Hahahaha. Seronok tengok kawan-kawan min satu-satu dah mendirikan rumah tangga. Min tumpang kebahagiaan.

Min kalau orang yang kahwin, min masih boleh terima lagi. Ini anjing pun dok melangsungkan perkahwinan dah kenapa? Min rasa tercabar okey! Sedihnyerrr lahaiiii.

Kisahnya, sepasang anjing bernama Chi Chi dan Harvey telah dirai dalam satu majlis perkahwinan oleh pemilik masing-masing. 

Paling mengharukan hati min, kedua-dua ekor anjing tu telah dikahwinkan dalam satu majlis perkahwinan serba mewah bernilai £5,549 (RM29,939). Wow!

Dalam majlis perkahwinan tersebut, Harley yang merupakan seekor anjing jantan jenis Pomeranian kelihatan segak memakai sut berwarna merah jambu. 

Manakala Chi Chi pula, yang merupakan seekor anjing jenis Chihuahua kelihatan begitu anggun menyarung gaun pengantin juga dengan warna merah jambu. Amboiii korang kemahenn!

Mungkin kedua-dua ekor anjing itu merupakan pasangan anjing paling bertuah di England apabila diraikan oleh tuan masing-masing yang sanggup berhabis beribu-ribu Pound untuk melangsungkan perkahwinan anjing kesayangan mereka.

Untuk memastikan perkahwinan anjing mereka meriah dan eksklusif, pemilik anjing tersebut dari Lancashire telah menyediakan beberapa keperluan seperti perarakan dengan kereta limousine, jamuan koktel, kek serta beberapa orang pelayan kacak.

Sakit betul hati min dengar benda ni. Tak adil! Hahahaha. Pemilik Chi Chi, Helen Turner yang merupakan seorang pengusaha salun untuk anjing sanggup mengeluarkan duit sebanyak £100 (RM539) untuk gaun yang bakal disarungkan oleh anjing kesayangannya.

Pemiliknya bagitahu, dia tak kisah pun untuk mengeluarkan duit yang banyak asalkan anjing kesayangannya tu berasa gembira.

Selain tu, pemilik kedua-dua anjing tu juga percaya bahawa anjing mereka mempunyai ikatan percintaan yang kukuh dan merupakan pasangan yang sangat ideal. Alah..alah..alahhh!

Chi Chi dan hasbennya, Harvey bertemu dalam satu acara pertunjukan anjing dekat Essex. Waktu berjumpa tu, kedua-dua anjing tu nampak sangat serasi seolah-olah telah berkenalan sejak sekian lama.

Sebab kedua-dua ‘pasangan bercinta’ tu tinggal jauh, mereka akan berhubung antara satu sama lain melalui Skype pada setiap hujung minggu selama 10 minit. Kata Turner, Chi Chi akan berkelakuan pelik dan membuat bising jika terlalu rindukan Harvey. 

You know what, sebelum diorang melangsungkan perkahwinan, kedua-dua ekor anjing tu telah dirai dalam satu majlis pra-perkahwinan dalam suasana yang cukup meriah!

Untuk majlis pra-perkahwinan itu, pemilik mereka telah berbelanja sebanyak £300 (RM1,619) siap diarak dengan menaiki limousin.

Amboiiii! Mengalahkan perkahwinan selebriti kau! Takpelah, itu dah jodoh dia. Apa-apa pun min nak ucapkan selamat pengantin baru buat Chi Chi dan Harvey! Moga bahagia ke anak cucu. Mencik!

Read Previous

Bodoh? 5 Nama Kelab Bola Sepak Kedengaran Unik dan Pelik

Read Next

Terima kasih Abang! Belajar Jahit Baju Kat YouTube Untuk Penuhi Impian Adik Pergi Prom Night

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × four =