Tak Patut Berlaku. Kesian Kat Budak-Budak Asrama

Sejak kerajaan mengeluarkan arahan perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac haritu, ramai yang terkesan dengan pengumuman tersebut.

Masyarakat diminta untuk tidak ke mana-mana kalau bukan melibatkan urusan penting. Orang yang bekerja diminta bekerja dari rumah manakala sekolah dan institusi tinggi awam dan swasta ditutup.

Semua panik gara-gara Korona Virus atau COVID-19. Tapi yang Abang Jim hairan, masih ramai lagi yang berdegil. Jalan raya malam tadi sesak, terminal bus berkerumun dengan umat manusia.

Semuanya ambil kesempatan untuk berpusu-pusu pulang ke kampung walaupun kerajaan dah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sebelum ni, pihak polis ada keluarkan borang rentas negeri yang perlu diisi oleh orang ramai yang ingin bergerak ke suatu tempat. Mereka perlu melaporkan pergerakan tu kat balai polis terdekat. Tapi perintah tersebut ditarik balik gara-gara masyarakat ‘naik giler’ sebab berkerumun kat balai polis untuk dapatkan borang pelepasan.

Tapi Abang Jim rasa sedih sangat. Bila arahan Perintan Kawalan Pergerakan ni, sebabkan segelintir pihak, iaitu pelajar universiti terkena tempias.

Heboh, bila ada sesetengah universiti telah meminta dan mengarahkan budak-budak kat kampus untuk segera kosongkan asrama dalam masa terdekat selepas kelas dibatalkan.

Terfikir jugak, segera kosongkan asrama tu, maksudnya budak-budak tu kena keluar dan tidak boleh tinggal di asrama. So nak pergi mana?

Bila dah dapat arahan daripada pihak universiti untuk segera kosongkan asrama, budak-budak tu dah taka da pilihan lain, selain pulang ke kampung halaman masing-masing.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook Syahr Musafir, dia mengeluarkan rasa kecewa apabila ada universiti mengarahkan mahasiswa untuk mengosongkan asrama dalam masa terdekat, malah ada yang dapat notis pada pukul 3 petang dan perlu keluar sebelum jam 10 malam hari yang sama.

Baca juga artikel ini: Jenis-jenis malas anda malas yang mana?

Nak tak nak, student perlu keluar dan masing-masing mulalah berpusu-pusu ke stesen bas untuk beli tiket sampai keadaan jadi tak terkawal.

Dalam statusnya, Syahr turut cakap, situasi tu turut menyebabkan ada pelajar yang pengsan, yang menangis, sebab semuanya diberitahu secara last minute.

Dia yang merupakan seorang pendidik sedikit-sebanyak berasa ralat dengan keadaan yang berlaku.

Abang Jim pun rasa sepatutnya perkara macam ni tak perlu berlaku. Bila kerajaan sudah keluarkan arahan untuk stay dimana tempat korang berada, sila patuhi arahan.

Peraturan yang dikeluarkan bukan untuk menyusahkan sesetengah pihak, tapi untuk mengawal keadaan sekarang supaya tidak jadi bertambah buruk.

Apa-apa pun, marilah kita sama-sama berdoa supaya negara kita, Malaysia ini selamat daripada segala bahaya dan bencana.

Baca juga artikel ini: Berfesyen ikut kemampuan

Read Previous

Ketahui Kisah Tama, Si Bulus Yang Jadikan Stesen Kereta Api Di Jepun Popular Semula!

Read Next

Sampai Hati… Kesiankanlah Atok dengan Nenek Tu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 − two =