Sumber: IDN TIMES
Kucing dan anjing merupakan binatang peliharaan yang paling disukai oleh manusia. Berdasarkan data, di AS sahaja terdapat kira-kira 86 juta pemilik kucing dan 78 juta pemilik anjing. Itu belum lagi jumlah di seluruh dunia. So, harini min nak kupas sedikit karakter antara individu yang membela kucing dan individu yang membela anjing. Apakah perbezaan mereka? Jom kita baca sebagai pegetahuan sahaja.
- Pemilik anjing lebih bersifat ekstrovert manakala pemilik kucing introvert
Seorang pakar psikologi dari Universiti of Texas, Dr. Sam Gosling dalam kajiannya (dog people and cat people) mendapati, pemilik anjing memiliki sifat ekstrovert, iaitu individu yang gemar bersosial dan mudah untuk bergaul. Manakala pemilik kucing lebih bersifat introvert, iaitu gemar bersendirian dan sukakan suasana yang tenang. Benda ni terkait rapat dengan sifat haiwan tu sendiri kerana anjing adalah haiwan yang suka bersosialisasi manakala kucing pula lebih suka menyendiri.
- Pemilik kucing lebih cerdas berbanding pemilik anjing
Kajian dari seorang Prof. Psikologi dari Caroll University, Prof. Denise Guastello, pemilik kucing dinilai lebih cerdas daripada pemilik anjing. Pemilik kucing didapati memiliki skor yang lebih tinggi, lebih bersifat sensitif dan berfikiran terbuka dalam satu ujian intelektual yang dibuat. Selain tu, kerana sifat kucing itu yang lebih ‘matang’, tidak mustahil pemiliknya juga bersikap sedemikian. Pemilik anjing pula lebih bersifat outgoing kerana anjing mempunyai sifat suka diajak berjalan-jalan dan membuatkan pemiliknya bertemu dengan ramai orang. A’ahkan jarang nampak orang jalan-jalan kat taman bawa kucing.
- Pemilik anjing cari persahabatan, pemilik kucing cari kasih sayang
Anjing adalah haiwan yang suka bersosialisasi., mempunyai ekspresi dan setia pada tuannya. Sebab tu ramai yang menganggap anjing sesuai untuk dijadikan sahabat. Berbeza dengan pemilik kucing yang lebih harapkan kasih sayang daripada haiwan peliharaannya. Pernah dengar kucing berdengkur? Korang akan rasa tenang and yes, sifat manja itulah yang dicari oleh pemilik kucing.
- Hobi pemilik anjing dan kucing berbeza
Dalam satu kajian melibatkan 2,000 orang pemilik kedua-dua haiwan ini menunjukkan bahawa, pemilihan jenis haiwan peliharaan sama ada anjing atau kucing juga mempengaruhi hobi seseorang. Pemilik anjing lebih menyukai kegiatan yang bertenaga seperti bersukan, travel dan menari. Manakala pemilik kucing pula suka kegiatan yang lebih santai seperti membaca, menulis dan berkebun.
- Minat pada jenis filem dan kerjaya yang berbeza
Menurut Woman’s World, Pemilik anjing lebih sukakan filem-filem bergenre aksi, manakala pemilik kucing pula lebih menyukai filem berunsurkan dokumentari. Bukan tu jer, pemilik anjing lebih kepada kerjaya dalam bidang kewangan, manakala pemilik kucing pula empat kali ganda lebih peluang untuk mempunyai kerjaya dalam bidang kreatif.
- Bela anjing memerlukan komitmen lebih besar berbanding bela kucing
Anjing memerlukan keperluan yang lebih banyak berbanding kucing. Anjing perlu dimandikan dan diajak berjalan-jalan. Sementara kucing boleh membersihkan tubuhnya sendiri tanpa perlu diajak untuk keluar dari rumah. Selain itu, anjing memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih daripada pemiliknya berbanding kucing.
Nah! Itulah 6 perbezaan antara pemilik anjing dengan pemilik kucing yang boleh kita perhatikan. Korang setuju atau tidak? Apa-apa pun pilihan korang, jangan lupa jaga haiwan kesangan korang tu baik-baik ya!