
Bukan calang-calang orang boleh mempunyai semangat macam seorang pemuda dari Indonesia ni. Giler! Itu jer yang Abang Jim mampu cakap. Abang Jim dulu nak habiskan peringkat Sarjana pun tercungap-cungap. Tapi pemuda yang berasal dari Jakarta ni kalau dia tahu, dia cakap celah gigi jer.
Mana tak wei, lelaki tu, Welin Kusuma yang kini berusia 38 tahun telah pun mempunyai 32 sijil akademik pelbagai peringkat dalam pelbagai bidang!

Kesemua sijil pelbagai peringkat tu dia peroleh selama 21 tahun pengajiannya tanpa henti di university sekitar Indonesia.
Perghhh!!! Selama 21 tahun itu, Welin tidak pernah bosan untuk belajar dan memburu Ijazah dalam pelbagai bidang kerana dia seolah-olah ketagih untuk belajar di universiti.
Korang bayangkan laaa yer, sejak 21 tahun lalu, Welin telah mengumpul sebanyak 32 sijil akademik pelbagai peringkat dalam jurusan yang berbeza sejak tahun 1999.

Kecerdasan yang dimilikinya melayakkan Welin memegang pelbagai gelaran peringkat akademik seperti S.T, S.E, S.Sos, S.H, S.Kom, S.S, S.Ap, S.Stat, S.Akt, S.I.Kom, S.I.P, M.T, M.S.M, M.Kn, RFP-I, CPBD, CPPM, CFP, Aff.WM, BKP, QWP, CPHR, ICPM, AEPP, CBA, CMA, CPMA, CIBA, CBV, CERA, CSA, ACPA.
Sebelum tu, pada tahun 2012, Welin telah mendapatkan penghargaan sebagai penerima gelaran terbanyak. Masa tu umurnya telah berusia 31 tahun dan meraih sejumlah 18 gelaran akademik dalam 18 bidang berlainan.

Dalam satu wawancara bersama CNBC Indonesia, Welin memberitahu sejak kecil lagi dia telah didedahkan dengan bidang akademik dan telah mengikuti pelbagai kursus yang tidak ada waktu zaman sekolah menengah.
So, dia study sendiri beberapa kursus seperti komputer, Bahasa Inggeris, Akaun dan Kursus 10 Jari.
Disebab dia sangat suka belajar dan menjadikan ia sebagai hobi, Welin berpandangan bahawa pengetahuan yang dia miliki amat berguna pada masa akan datang.
Dengan sokongan kedua-dua orang tua, Welin mula memasuki universiti pada tahun 1999 dan mengambil teknik industry. Pada tahun 2001 iaitu dua tahun kemudian, dia mengambil kursus kedua iaitu Pengurusan Ekonomi.

Tapi nampaknya dia tak puas beb. Abang Jim dah rasa nak termuntah dah ni. Pada tahun 2002, dia mengambil 3 jurusan sekali gus iaitu Teknik Informatika, Pentadbiran Negara dan Undang-Undang. Paling hebat dia juga mengambil bidang Sarjana walaupun belum menamatkan peringkat S1.
Bukan benda yang mudah untuk selesaikan banyak kursus pada masa sama di universiti yang berbeza antaranya Universitas Negeri Surabaya, Universitas Petra dan UNAI. Sekarang, Welin sedang mengikuti kuliah dalam bidang Matematik di Universitas Terbuka.

Memang dahsyat betul laa si Welin ni. Tak jemu-jemu belajar walaupun dan 21 tahun keluar masuk universiti menyambung pengajian dari satu jurusan ke jurusan yang lain.
Abang Jim memang tabik spring orang yang macam ni. Tapi Abang Jim tertanya-tanya gak, sampai bila dia nak belajar? Dia tak nak kerja ke? Habis tu yuran pengajian dia siapa yang ot tanggu? Mungkin ada laaa tu kot kerja-kerja sambilan yang dia buat. Korang ada impian yang macam ni tak?