Sumber: KawaiiBeautyJapan.com
Kecantikan dengan wanita memang tidak boleh dipisahkan. Pelbagai cara akan dilakukan seseorang tu semata-mata untuk kelihatan cantik.
Tapi cantik yang dimaksudkan itu bukanlah cantik seperti yang dimahukan oleh kebanyakan wanita di dunia.
Seperti kebanyakan wanita lain di dunia, untuk cantik mereka mungkin hanya menggunakan alat solekan atau paling tidak membuat pembedahan plastik untuk mendapatkan struktur wajah atau tubuh yang diingini.
Jepun sememangnya terkenal dengan trend fesyen pelik termasuk kecantikan yang tidak masuk akal. So hari ni min nak kongsi dengan korang 3 trend pelik yang dibuat kat Jepun untuk kelihatan cantik.
- Masker najis burung
Jepun memang sangat mementingkan soal kecantikan terutamanya daripada segi rutin penjagaan kulit pada wajah mereka. Kalau korang nak tahu, Jepun merupakan negara pertama di dunia ini yang menghasilkan topeng wajah yang diperbuat daripada najis burung! Kajian yang negara diaorang buat telah membuktikan bahawa najis burung boleh menjadikan kulit wajah mereka kelihatan lebih segar, muda dan halus. Harga topeng najis burung ni pun boleh tahan juga. Ia dijual pada harga AS$180 (RM). Cara pemakaiannya sama seperti topeng lain iaitu selama lebih kurang 30 minit dan kesannya boleh dilihat dengan serta-merta. Wow..! Korang nak try ke?
- Kek pembesar payudara
Kalau kat negara lain, mungkin kaedah yang digunakan untuk membesarkan payudara adalah melalui pembedahan memasukkan silicon. Atau memakan ubat-ubatan khas untuk mendapatkan payudara yang diidamkan. Untuk perempuan yer! Tapi kat Jepun, diaorang ada menghasilkan kek yang dirumus khas untuk membesarkan payudara sehingga saiz F! Untuk mendapatkan saiz payudara yang diidamkan, korang kena makan kek tersebut sebanyak dua kali sehari. Ehemm!
- Kepala kuih donat
Walaupun Nampak menyeramkan, tapi trend membentuk kepala seperti kuih donat ni telah menjadi kegilaan para remaja di Jepun. Apooo! Kat sana, semua orang berlumba-lumba untuk mendapatkan bentuk kepala terutamanya pada dahi berbentuk kuih donat yang ternyata Nampak pelik dan menakutkan. Cara untuk mendapatkan bentuk kepala seperti itu adalah dengan kaedah merendamkan kepada ke dalam air berisi garam selama beberapa jam. Kaedah tersebut dikatakan selamat dan boleh menyerap ke dalam tubuh badan dengan baik.
Haihhh..So itulah antara 3 trend kecantikan pelik yang ada kat Jepun. Korang rasa macam mana? Unik bukan?