Badut si Pencuri Hati

Malam tadi sebelum tidur, min sempat tengok satu video kat Facebook. Video pasal badut buat persembahan jalanan. Min tak tahu kenapa min rasa senang hati tengok badut tu. Walaupun mata masa tu memang dah mengantuk sebab dah pukul 2 pagi, min gigih juga tengok sampai habis.

Kisahnya, badut jalanan tu dia akan bergurau dengan sesiapa sahaja yang melalui jalan dekat tempat dia membuat persembahan. Walaupun orang yang badut tu kacau tidak dikenali, min rasa terharu bila orang ramai memberikan respond yang baik dan melayan kerenah badut tu.

Bukan apa, ada sesetengah orang kit ani tak suka benda-benda macam tu. Lebih-lebih lagi apabila anggota fizikal kita disentuh. Dalam video tu, badut tersebut siap boleh sembur air (guna spray air) kat kepala orang, lepas tu dia sikat rambut orang tu yang terdiri dalam kalangan pelancong.

Min tak Nampak seorang pun dalam kalangan pelancong tu yang menghulurkan duit tip sebagai upah membuat persembahan, sebaliknya badut tu yang akan memberikan hadiah berupa belon yang dibentuk.

Walaupun pekerjaan dia hanya badut, dah terpaksa menampakkan dirinya sebagai ‘orang bodoh’, tetapi pekerjaan dia telah membuatkan ramai yang tersenyum dan ketawa, termasuk min.

Korang boleh tengok video yang min share kat bawah ni yer. Moga korang juga terhibur. Daaa!

https://www.facebook.com/standupcomedydaily/videos/491352045118000/UzpfSTEzNDE5ODM2NzU6MTAyMTY1MTg2NTc2MjI1NzU/

Read Previous

10 Jurusan jamin kerjaya masa hadapan

Read Next

Sentuhan Berani Moden Klasik New Balance

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen − eight =