Kita Sibuk Nak Study Oversea. Orang Luar Pulak Berebut Nak Belajar Kat Sini. Sebab Apa Yer?

45903388 – top view of kuala lumper skyline at twilight

Gambar: Universiti Utara Malaysia

Korang dak-dak universiti mesti ada simpan impian gakkan nak lanjutkan pelajaran kat luar negara? Bohong! Jangan tipu kalau kata tak ada. Tak salah pun guys kalau korang mampu dan layak untuk sambung pengajian kat luar negara. Waktu zaman Abang Jim kat uni dulu ada laa jugak simpan cita-cita lepas Degree nak sambung Master kat UK. Kononyer! Last-last bila dah dapat kerja, terus lupa. Bukan apa, bila dah keja ni, bab nak sambung balik study tu dia jadi macam berat sikit.

Gambar: Universiti Sains Malaysia

Tapi ada laa jugak 3-4  orang kawan Abang Jim dapat sambung study luar negara contoh macam kat UK, Australia, US, India dan Korea. Sebabnya, lepas habis Degree dulu diaorang terus sambung Master sebab nak kejarkan PhD tu sebelum usia 35 tahun. So tinggal laa Abang Jim sorang-sorang.

Gambar: Universiti Sains Malaysia

Ok, berbalik semula soal sambung study kat overseas tu, korang tahu tak, Malaysia sendiri sebenarnya jadi pilihan dari luar negara untuk study kat sini. Bahkan, pada tahun 2020 ni, dijangkakan seramai 200,000 orang pelajar asing akan menuntut di pelbagai universiti di negara ini. Fuhh! So maknanya system Pendidikan negara kita ni bukan kaleng-kaleng yer guys! Bertaraf antarabangsa jugak.

Tertanya-tanya jugak Abang Jim apa yang membuatkan Malaysia menjadi salah satu destinasi pilihan pelajar asing untuk belajar kat sini? Banyak sebenarnya faktor yang menarik. Jom sama-sama baca artikel ni.

Pendidikan berkualiti

So yang pertama ialah sebab system Pendidikan tinggi Malaysia yang bertaraf antarabangsa. Kalau korang nak tahu, system Pendidikan tinggi negara kita ni dipantau dengan teliti oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KPT ni telah melantik Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) iaitu sebuah badan yang menjamin kualiti memantau dan mengawasi proses akreditasi dan jaminan kualiti Pendidikan tinggi negara. So tak hairanlah bila ramai pelajar dari luar berebut-rebut nak belajar kat sini. Korang patut bangga ok.

Baca juga artikel ini: Duit PTPTN! Apa yang student selalu buat ek?

Pengiktirafan antarabangsa

Universiti-universiti tempatan kat negara kita ni tak kurang hebat apabila turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Contoh macam Universiti Malaya (UM) yang berada pada kedudukan Top 100 QS World University Rankings pada 2019. Bukan UM jer tau, malah terdapat beberapa buah universiti lain turut tersenarai seperti UPM, UKM, UTM  dan USM yang turut tersenarai sebagai antara universiti terbaik di dunia.

Yuran pengajian murah

Abang Jim yakin, yuran pengajian yang murah jadi faktor utama kebanyakan pelajar dari luar memilih untuk belajar kat sini. Pelajar dari luar mungkin merasakan yuran pengajian di Malaysia sudah cukup murah untuk mendapatkan Pendidikan bertaraf antarabangsa yang diiktiraf berbanding untuk belajar di negara lain.

Kepelbagaian budaya

Ofcourse salah satu daya tarikan utama negara ni adalah sebab ada budaya yang pelbagai daripada kaum berbeza. So, student luar ni boleh merasai dan mempelajari budaya setiap kaum di Malaysia daripada segi adab resam, perayaan dan upacara yang berbeza dan pelbagai hanya di sebuah negara iaitu, Malaysia.

Baca juga artikel ini: Menakjubkan! Top 5 universiti tertua di dunia yang masih kekal

Kos sara hidup yang rendah

Korang tak payah nak bagi contoh jauh-jauh. Tengok jer kos sara hidup kat negara jiran kita, Singapura. Fuhh!!! Rakyat dia sendiri mengeluh sebab kos sara hidup yang tinggi. So mana lagi student luar pilih kalau bukan kat Malaysia. Kos perbelanjaan hidup kat sini jauh lebih rendah yer guys. Lagi pun, kat negara kita ni public transport pon bagus dan harganya berpatutan. Sewa bilik dan rumah juga mampu dimiliki oleh pelajar dari luar negara sesuai dengan ekonomi mereka.

Makanan menarik dan sedap

Salah satu benda yang paling menarik kat sini ialah makanan yang beraneka. Bahkan, kalau student luar ke sini, diaorang boleh dapat makanan khas dari negara mereka tau! Untuk pelajar Islam pulak, diaorang tak payah risau  nak cari makanan yang halal sebab kat sini memang senang nak cari.

Destinasi pelancongan menarik

Masa cuti semester, takkan student luar negara tu nak balik pulakkan? So mostly diaorang memang akan ambil peluang ni untuk travel satu Malaysia! Banyak yer tempat-tempat menarik yang diaorang boleh pergi kat Semenanjung Malaysia ni. Belum lagi sampai ke Sabah dan Sarawak. Lagi seronok kat sana! Pengangkutan juga senang dan murah.

Selamat dan aman

Untuk pengetahuan korang, Malaysia menduduki tangga ke-29 sebagai negara paling selamat dan aman di dunia. Sebabnya, kadar jenayah kat sini tidaklah terlalu tinggi, kedudukan geografi yang selamat sebab jauh daripada Kawasan yang selalu dilanda bencana alam macam gempa bumi dan gunung berapi. Bersyukur yer.

Bahasa

Bahasa bukan halangan besar untuk belajar kat Malaysia sebab kebanyakan universiti akan menjalankan kuliah mereka dalam Bahasa Inggeris. Lagi pula, Bahasa Melayu tu sendiri mudah untuk dipelajari. Ada student baru setahun duduk kat Malaysia dan fasih berbahasa Melayu. Rata-rata masyarakat kat sini pun fasih berbahasa Inggeris dan mudah untuk diaorang berkomunikasi.

Nampak tak betapa hebatnya Malaysia daripada segi Pendidikan? So korang yang tak berpeluang nak lanjutkan pengajian ke luar negara tu tak perlu bersedih, sebab kat sini pun korang boleh dapat ilmu dan kualiti Pendidikan setaraf dengan negara lain di dunia.

Read Previous

Yang Aneh-Aneh Jer Peraturan Pelik Beberapa Negara Di Dunia

Read Next

Gadis Malang Hanya Boleh Makan Lempeng Sahaja Kerana Penyakit Aneh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × four =