Sumber: arkibcerita.wordpress
Seperti korang ketahui, institusi pengajian tinggi semenangnya telah wujud sejak berates-ratus tahun dahulu. Sejak dahulu, memang telah dibina pelbagai institusi pengajian yang merangkumi pelbagai bidang dan ia masih kekal sehingga ke hari ini. So, kali ni min nak senaraikan top 5 universiti tertua di dunia seperti yang disenaraikan oleh Collegestats.Org mengikut piawaian yang ditetapkan oleh UNESCO. Jom semak!
- Universiti Al-Qaraouine
Terletak di Fes, Morocco, universiti ini asalnya sebuah masjid yang dibina oleh seorang wanita bernama Fatimah al-Fihri yang mahu membangunkan sebuah tempat beribadah untuk komunitinya pada tahun 859. Ia berkembang menjadi institusi yang bukan setakat menawarkan pengajian teologi malah turut menawarkan pengajian dalam bidang sains, matematik, perubatan dan astrologi. Universiti ini diiktiraf oleh Guiness Book of World Records sebagai Universiti Tertua di Dunia yang masih wujud dan kekal berterusan menawarkan pengijazahan.
- Universiti Al-Azhar
Universiti yang terletak di Mesir ini dibina pada tahun 970-972 dan berasal daripada sebuah madrasah yang merupakan pusat untuk pengajian sastera Arab dan pengajian dalam bidang teologi. Ia memberikan perhatian dalam bidang keagamaan yang menumpukan tentang Al-Qur’an dan falsafah ajaran Nabi Muhammad SAW. Dibina pada era Dinasti Fatimiyyah oleh Komander Jawhar atas arahan Khalifah Al-Muiz Al-Ismaili. Bermula dengan pengajian undang-undang Islam, falsafah, sastera Arab, astronomi, logika, retorika, ia terus berkembang dan turut menawarkan pengajian dalam semua bidang sains moden.
- Universiti An-Nizamiyya
Universiti ini adalah satu daripada universiti yang didirikan oleh Khwaja Nizam Al-Mulk pada abad 11 di Iran. Daripada beberapa cawangan, yang paling terkenal dari semua Universiti Nizamiyyah adalah Al-Nizamiyyah di Baghdad, didirikan pada 1065 di Dhu’l Qa’da dan beroperasi di Isfahan. Cawangan yang lain terletak di Nishapur, Amul, Mosul, Herat, Damascus dan Basrah. Ia menjadi model kepada institusi pengajian tinggi kontemporari di serata dunia dan Khalifah Al-Mulk menjadi tokoh yang memperkenalkan era baru keilmuan. Khwaja Nizam al-Mulk turut melantik ahli falsafah dan teologi, Al-Ghazali, sebagai seorang profesor. Penyair Farsi Sa’diadalah seorang pelajar Nizamiyyah Baghdad. Nizam ul-Mulk akhirnya dibunuh dalam perjalan dari Esfahan ke Baghdad pada tahun 1092. Menurut pelbagai buku, dia dibunuh oleh seorang ahli Hashashin, sekumpulan mazhab Ismailiyyah dari Syria.
- Universiti Bologna
Institusi ini adalah pusat pengajian tinggi pertama yang didirikan di dunia Eropah pada tahun 1088, di Bologna, Italia. Perkataan Universiti juga diambil bersempena penubuhannya (universitas magistrorum et scholarium, komuniti para guru dan cendekiawan). Terletak di Bologna, Itali, ia menjadi universiti terhebat di Eropah sehingga tercetusnya perang dunia kedua. Pengaruhnya juga besar hingga pada masa itu, para pemimpin meminta pihak universiti untuk menjalinkan hubungan dengan institusi-institusi di negara yang lebih maju untuk memperkuatkan falsafah masing-masing dalam bidang pendidikan. Hingga saat ini, Universiti Bologna masih dianggap sebagai salah satu universiti yang maju dalam hal sistem pendidikan di Eropah.
- Universiti Paris
Pengasas sebenar universiti ini adalah tidak jelas, bagaimanapun pengajaran dari universiti ini wujud sejak 1096. Universiti telah disusun semula sebagai 13 universiti autonomi pada tahun 1970. Sering dirujuk sebagai Sorbonne selepas College de Sorbonne (diasaskan kira-kira 1257), institut ini membesar di bahagian akhir abad ke-12 sekitar Cathedral Notre Dame sebagai institusi yang tertumpu kepada bidang seni, perubatan, undang-undang dan teologi. Ia hanya pernah ditutup selama tiga kali, Kali pertama pada tahun 1229, dan kedua adalah disebabkan oleh pencerobohan oleh tentera Jerman tahun 1940. Pada tahun 1968 revolusi kebudayaan yang dikenali sebagai “Bulan Mei Perancis” mengakibatkan penutupan universiti untuk kali ketiga dalam sejarah.
So guys, itulah antara top 5 universiti tertua yang masih kekal digunakan sehingga ke hari ini. Min harap korang akan dapat menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti ok!