Duit PTPTN! Apa yang student selalu buat ek?

Pelajar universiti dengan PTPTN memang tak dapat dipisahkan. Tak kira sama ada universiti awam mahupun swasta, pinjaman wang PTPTN memang akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang layak memohonnya. Dengan duit pinjaman PTPTN nil aa, pelajar kat universiti dapat meneruskan hidup sebagai seorang pelajar. Untuk pelajar pula, waktu duit PTPTN masuk memang saat yang paling menggembirakan. Tapi korang kena ingat, duit yang masuk tu bukan digunakan untuk suka-suka, tapi untuk menampung belanja makan minum dan membeli segala keperluan sepanjang tempoh pembelajaran kat universiti. Kat sini min nak senaraikan apa yang biasanya pelajar universiti buat dengan duit pinjaman PTPTN tu. Jom kita semak.

  • Beli laptop

Foto: laptoponbudget.com

Laptop adalah antara keperluan yang semua pelajar universiti kena ada dan ia sangat penting. Dengan laptop inilah pelajar perlu menyiapkan tugasan pensyarah, buat report, siapkan bahan untuk pembentangan dan tengok movie Korea kat dalam bilik…Ehhh! 

  • Beli handphone baru

Foto: techspot.com

Benda ni paling normal dan antara yang menjadi keutamaan buat segelintir pelajar. Dapat jer duit PTPTN, maka masing-masing akan tayang telefon baru. Tak kisah laa jenama apa sekali pun mengikut citarasa masing-masing. Baru tak boleh blah ada tu setiap semester baru, handphone pun mesti yang baru. Korang macam ni juga ke dulu?

  • Assignment

Foto: educationalstar.com

Buat assignment yang pensyarah bagi tu sebenarnya memerlukan modal yang agak besar juga. Assignment yang korang buat tu perlu dicetak. Katakan satu assignment tu ada 20 hingga 30 muka surat. Kalau 3 hingga 4 assignment pula? Selain tu korang kena photostate nota-nota dan beli beberapa keperluan lain seperti buku dan sebagainya. Itu belum lagi kalua korang kena siapkan projek yang memerlukan korang travel ke tempat lain. Semua tu memerlukan modal guys.

  • Jalan-jalan

Foto: guiasybaquianos.com

Masuk jer duit PTPTN, masing-masing dah rasa kaya. Masa tu mula laa buat plan nak pergi jalan-jalan kat sana sini. Memang seronok dapat jalan-jalan dengan kawan-kawankan?

  • Beli motosikal

Foto: paultan.org

Benda ni mungkin jarang ada pelajar buat, tapi tak mustahil memang ada. Beli motosikal ni biasanya terjadi kat pelajar lelaki terutama untuk korang yang malas nak tunggu dan naik bas yang disediakan. Lagi-lagi untuk pelajar yang tinggal kat luar kampus. Nak tak nak kena beli juga sebiji motosikal.

  • Bayar duit saman universiti

Foto: maukerja.com

Korang yang bawa kereta ke kampus mesti pernah kena saman sebab masalah parking. Betul tak? Kat universiti tempat parking memang terhad, so parking untuk pelajar memang sangat-sangat terhad. Mereka yang bernasib baik jer yang akan parking khas untuk pelajar. Maka ada hari-hari tertentu kereta korang akan disaman kalau parking sesuka hati. Duit PTPTN laa yang terpaksa digunakan untuk bayar saman parking korang tu.

  • Join MLM

Foto: blog.teclutions.com

Min tak nak cakap banyak pasal bend ani sebab min pun hamper-hampir terkena benda yang sama. Nasib baik min bijak dan pintar. Tibehh. So ada dalam kalangan korang ni memang jadi sasaran puak-puak MLM yang nak ambil kesempatan sebab tahu korang tengah kaya dengan duit PTPTN. So berhati-hati la yer.

  • Tengok wayang

Foto: thelocalsociety.com

Keluar tengok wayang ni mungkin tak terlalu mempengaruhi sangat duit PTPTN sebab bukan tiap-tiap hari pun korang akan keluar tengok wayang. Lagi pun kalau korang guna student card dapat laa harga murah sikit.

  • Belanja awek

Foto: iamlejen.com

Kat university juga sebenarnya tempat korang untuk mengenal cinta dan mencari jodoh. So sekali-sekala kalau seluar dating tu yang lelaki nak laaa juga belanja awek makan. Mana nak cekau lagi duit? Guna duit PTPTN laaa!

  • Karaoke

Foto: pri.org

Zaman min dulu dapat karoke jamban pun dah syok dah. Satu lagu RM1. Konon nak lepaskan gian menyanyi. So kalau masuk duit PTPTN ni, sekali sekala nak juga merasa karaoke kat tempat best-best macam kat Red Box ke. Sia pada hidangan buffet.

  • Shopping

Foto: rwgenting.com

Benda ni selalu jadi kat pelajar perempuan. Tapi pelajar lelaki pun ada gak yang suka bershopping. Bila masuk duit PTPTN mula laa berangan nak beli barangan berjenama sikit. Macam kasut, baju, beg tangan untuk kepuasan diri. Katanyer!

  • Duit muka beli kereta

Foto: medium.com

Ini mungkin jarang kot ada pelajar yang buat. Tapi tak mustahil sebab nak tunjuk kat kawan-kawan dia dah pakai kereta. Padahal pakai duit PTPTN jer pun. So korang jangan nak mengada-ngada ek!

  • Makan kat kafe hipster

Foto: pojiegraphy.com

Sekali-sekala tak salah kot nak merasa makan kat tempat-tempat macam nie. Boleh boh dalam Instagram! Tapi jangan selalu yer. Bukit kalau ditarah hari-hari pun boleh gondol.

  • Modal kahwin

Foto: wedpedia.my

Memang ada guys! Tapi tak ramai laaa kot yang guna duit PTPTN sebab nak buat belanja kahwin. Haihhh macam-macam korang ni.

So, itulah antara 14 kemungkinan duit PTPTN yang korang dapat tu digunakan untuk pelbagai tujuan waktu kat universiti. Apa-apa pun korang kena berjimat-cermat tiap kali berbelanja. Yang paling penting jangan lupa bayar balik bila dah habis study nanti yer!

Read Previous

Merepek! Lelaki teringin nak jadi anjing

Read Next

Kek besarkan payudara? 3 trend kecantikan pelik kat Jepun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 4 =