Gadis Malang Hanya Boleh Makan Lempeng Sahaja Kerana Penyakit Aneh!

Malangnyer Abang Bob tengok nasib yang menimpa seorang gadis ni sebab dia tak dapat makan macam orang lain disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

Kalau tengok, gadis tu sihat jer macam taka da apa-apa masalah. Tapi hakikatnya, gadis tu menderita sejenis penyakit aneh yang menyebaban dia akan tercekik ketika menelan makanan.

Korang bayangkan setiap kali korang makan, tak kisah laa makan apa sahaja, makanan yang korang makan tu akan tersangkut kat kerongkong korang dan tercekik. Panik weii!

Itulah masalah yang dihadapi oleh Leanne Yewer disebabkan oleh sejenis penyakit yang dikenali sebagai Recessive Dystrophic Epidermolysis Bullosa (RDEB), iaitu suatu keadaan yang menyebabkan individu akan tercekik setiap kali menelan makanan. First time Abang Bob dengar masalah ni.

Disebabkan penyakit aneh tu, Yewer hanya boleh mengambil lempeng sahaja sebagai makanan untuk mengalas perut setiap hari.

Setiap kali menelan makanan, RDEB ini akan menyebabkan kesakitan pada kerongkong dan juga beri kesan sampingan pada kulit.

Masalah yang dilalui Yewer ni jadi sejak dia masih kecil lagi selepas doctor perasa terdapat rekahan yang menyebabkan kulit pada bahagian tumitnya menggelupas teruk.

Lagi malang, masa umur dia empat tahun, Yewer langsung tidak boleh menelan apa-apa makanan termasuk air liurnya sendiri kerana dia akan tercekik. Perghh! Masalah apa tu?

Yewer pernah berdepan dengan detik cemas masa dia berusia 16 tahun. Masa tu dia makan kentang goreng selepas dicabar oleh kawan-kawannya. Malang menimpa bila dia tercekik selepas kentang goreng tu tersangkut pada kerongkongnya.

Lagi malang, makanan tu tak dapat dikeluarkan walaupun telah menggunakan pelbagai cara. Disebabkan masalah tu, Yewer tidak dapat tidur sepanjang malam sebab dia sukar untuk bernafas. Manakala kentang goreng tu akhirnya berjaya dikeluarkan pada keesokan harinya.

Doktor sahkan, masalah kesihatan yang dialami Yewer tiada rawatan yang boleh dilakukan. So nak tak nak, dia sendiri perlu mengelak daripada mengambil makanan yang boleh menyebabkan dia tercekik.

Disebabkan trauma, sampai sekarang Yewer tidak lagi makan makanan yang berisiko. Pendek kata dia memang dah tak makan apa-apa dah lepas tu.

Hanya ada satu jer makanan yang boleh melepasi kerongkongnya iaitu lempeng. Tekstur lempeng yang lembut membuatkan dia mudah untuk menelan makanan tersebut. Dia bukan tak pernah mencuba makanan lain, tapi dia akan tercekik dan sesak nafas.

Selain lempeng sebagai makanan ruji utaman, Yewer juga akan makan makanan bertekstur lembut seperti sup, kentang putar dan kuah kastard.

Selain ada masalah untuk telah makanan, Yewer juga ada masalah kulit apabila kulitnya akan melepuh sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu terutama pada bahagian tumit.

Abang Bob tak boleh bayangkan macam mana kalau Abang Bob yang terkena penyakit RDEB ni. Dah laa hobi Abang Bob buru makanan.

Sedih rasanya kalau kita hilang nikmat makan kat dunia ni. Bersyukurlah.

Read Previous

Kita Sibuk Nak Study Oversea. Orang Luar Pulak Berebut Nak Belajar Kat Sini. Sebab Apa Yer?

Read Next

Nak Tengok Wayang Dengan Harga Murah? Ikut Cara InI!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 3 =