Sukar tidur? Cuba amalkan tip berikut untuk atasi masalah tidur malam korang

C:\Users\Dell\Desktop\insomnia-feature.jpg

Arghhhh!!! Stressss…Dah pukul 3 pagi, tapi mata tak mengantuk lagi. Esok nak bangun awal ke kelas. Korang pernah tak berdepan dengan situasi macam tu? Rata-rata setiap orang mesti pernah mengalami masalah sukar untuk tidur atau istilah lain insomnia. Purata tidur untuk orang dewasa adalah sekitar empat hingga 6 jam semalam. Kalau tidur tak cukup, memang mengantuk laaa jawabnya masa dengar kuliah dalam kelas. Ok kat sini min nak share sikit tip bagi mengatasi masalah sukar tidur.

  • Rancang sarapan yang menyelerakan
C:\Users\Dell\Desktop\breakfast-is-served-have-a-nice-weekend-breakfa-7-13-2018-1-00-23-pm-l.jpg

Sarapan pagi merupakan hidangan penting dalam kehidupan seharian dan tidak boleh dielakkan. Justeru rancang sarapan yang anda gemari supaya anda berasa teruja untuk bangun dan menikmatinya! Mungkin boleh try?

  • Tidur dalam keadaan gelap
C:\Users\Dell\Desktop\293884104_5747161046001_5747154457001-vs.jpg

Keadaan bilik yang gelap menimbulkan mood untuk tidur. Secara saintifiknya, mata manusia sensitif terhadap cahaya yang membolehkan mata untuk terbuka. Dalam keadaan gelap, mata akan lebih kurang sensitif maka mata lebih mudah untuk tertutup. So gunakan langsir yang tebal supaya korang dapat suasana bilik yang gelap dan tenang. Tapi ada juga individu yang fobia dengan gelap. Acaner tu?

  • Minum air sebelum tidur
C:\Users\Dell\Desktop\180205-Header-image-Guy-drinking-01.jpg

Air seperti air suam mampu menyegarkan organ dalaman kita. Air suam seakan agen pencuci organ dalaman sebelum tidur. Selain itu, air juga menambah oksigen dalam badan dan membantu untuk lebih relaks. Banyakkan meminum air suam seperti yang disarankan iaitu antara 6 hingga 8 gelas sehari.

  • Gunakan selimut yang memanaskan
C:\Users\Dell\Desktop\ADHDandSleep.jpg

Pilihan selimut juga adalah salah satu faktor untuk tidur yang berkualiti. Bersesuaian dengan suhu semasa, gunakan selimut yang tidak terlalu memanaskan serta tidak terlalu nipis. Selimut yang sesuai dengan suhu memberikan keselesaan serta membantu anda untuk tidur nyenyak.

  • Letakkan jam loceng bertentangan dengan katil
C:\Users\Dell\Desktop\sleep-01-stock-gty-jef-180921_hpMain_2_4x3_1600.jpg

Posisi jam loceng yang strategik seperti bertentangan dengan tempat tidur adalah bagus untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Apabila jam loceng anda diletakkan jauh dari anda, anda akan bangun tepat pada waktu yang telah anda setkan. Yeker? Cubalah.

∙Matikan telefon anda

C:\Users\Dell\Desktop\1_HAXPjCKF3XPBapZTKAhd-w.jpeg

Selain memberikan radiasi kepada anda, telefon bimbit boleh membuatkan anda menghidap insomnia kerana terlalu lalai melayari media sosial, menghantar pesanan ringkas dan sebagainya. Untuk tidur yang berkualiti tanpa gangguan, matikanlah telefon bimbit anda. Kalau min off telefon memang hati tak senang dibuatnya.

  • Rancang jadual anda
C:\Users\Dell\Desktop\download.jpg

Perancangan program adalah penting supaya anda tidak risau akan program pada keesokkan harinya. Rancang program anda berdasarkan kepentingan dalam jurnal atau buku supaya anda tidak lupa.

  • Baca buku sebenar (bukan online)
C:\Users\Dell\Desktop\Reading-book-benefits-before-sleep.jpg

Sudah menjadi rutin bagi sesetengah masyarakat untuk ada sesi ‘bed time story’ supaya mudah tidur. Bacalah buku yang lebih santai supaya fikiran anda lebih relaks dan dapat membantu anda untuk tidur. Ingat membaca amalan mulia. 

  • Lakukan senaman aerobik
C:\Users\Dell\Desktop\1200x672-lf-wk26-ht-blog-july-35_1200x672_acf_cropped.jpg

Sebelum tidur, korang boleh lakukan senaman ringan supaya tubuh menjadi letih dan memudahkan anda untuk tidur. Senaman ringan tau! Bukannya suruh berlari 10 kali kat padang.

So itulah antara tip yang min boleh kongsi untuk korang terutamanya yang sukar untuk tidur pada waktu malam. Semoga tidur korang lepas ni lebih berkualiti dan lena diulit mimpi. Good night!

Read Previous

Perbezaan karakter pemilik anjing vs pemilik kucing

Read Next

Nak belajar sampai PhD? Boleh ikut tip berikut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × three =