5 Persediaan Yang Wajib Untuk Pelajar Universiti Sebelum Mulakan Semester Baru.

Ada sebab untuk mengapa seorang pelajar itu ingin berjaya ketika belajar di universiti sehinggakan dirinya terbeban dan akhirnya memutuskan untuk berhenti belajar.

Ada juga yang sanggup mengambil credit hour yang lebih dalam satu semester.

Adakah dia mahu cepat grad atau pun taknak terbeban pada sem depan, itu kena la fikir baik-baik.

Atau mungkin anda ingin mencabar diri anda?

Apa jua sebab pun, pastikan anda telah cukup persediaan sebelum mulakan semester. Dan jika anda tidak ingin overload, 5 persediaan ini masih akan mebantu anda memastikan semester yang akan datang lebih baik daripada yang sebelum.

Tips yang disenaraikan di sini dikumpul oleh pelajar universiti Derek Siao, yang akan mengambil kursus Electrical Engineering di University of California. Sebagai persediaan untuk kehidupan graduan, dia sendiri membuat research tentang cara-cara belajar secara berkesan.

1. Selamatkan Diri Daripada “Burnout”

Ramai pelajar universiti yang telah berkata “Ya, okay!” kepada terlalu banyak aktiviti, komitment atau kursus tahu benar perasaan burnout ini.

Burnout merupakan kepenatan secara emosi dan fizikal. Seperti Derek katakan, 4 tahun di institusi pendidikan tinggi tidak bermakna jika anda tidak sayangi diri anda untuk masa hadapan. Jika tidak dijaga, ia mungkin juga sampai ke tahap kemurungan.

Cara menangani burnout :

1)        Jangan tidur lambat setiap malam 

Merancang satu rutin, dan janji diri anda bahawa anda tidak akan belajar atau ulangkaji selepas 10pm (atau waktu yang sesuai). Mulakan pagi anda dengan awal.

2)        Jangan belajar sahaja, cuba sertai pelbagai organisasi yang ada

Tak perlu risau, anda ada 3-4 tahun untuk cuba sebanyak yang anda inginkan.

3)        Have fun!

Keluar dengan rakan-rakan universiti, belajar satu skill yang baru atau luangkan masa untuk aktiviti kegemaran anda (Gaming? Shopping?) – tidak ada pelajar yang boleh belajar untuk 24jam sehari.

2. Memupuk Dalam Diri Tabiat Belajar Yang Baik

1)        Cuba sedaya upaya membaca bahan bacaan sebelum kelas bermula. 

Dengan ini bila masuk kelas, kiranya kita akan ulangkaji semua apa yang dibaca dan anda mempunyai rangka di dalam minda untuk memahami apa yang disampaikan.  Masa yang terbaik untuk melakukan ini ialah pada hujung minggu.

2)        Rajinkan diri untuk pergi kelas, beri perhatian dan mengambil nota

Dalam kelas, professor anda akan secara sengaja atau tidak memberitahu anda apa yang paling penting, dan akan keluar semasa peperiksaan nanti.  Belajar daripada buku tidak sama seperti daripada mendengar daripada professor di kelas.

3)        Selepas kelas, luangkan masa untuk ulangkaji nota anda

Cuba melakukan ini secepat mungkin selepas kelas itu, untuk tambah atau ubah apa yang anda tulis sebelum terlupa! Sekurang-kurangnya setiap minggu, kalau bukan setiap hari.

3.Cara Belajar Dan Ulangkaji Yang Berkesan

Jangan malu atau segan bertanya atau kunjungi prof di ofis.  Ramai pelajar universiti tunggu sehingga minggu sebelum peperiksaan finals untuk ulangkaji, dan terus sedar mereka tidak faham lebih daripada 1/3 syllabus. Terus bertanya jika anda tidak faham.

Pada masa hadapan, jika anda perlukan surat recommendation untuk kerja atau reference letter untuk biasiswa-biasiswa/Masters/PhD tertentu, professor yang paling anda kenali pasti akan sedia membantu.  Sebaliknya, susah untuk mereka membantu pelajar yang tidak pernah mereka jumpa.

Tulis nota anda di kertas, bukan di handphone atau laptop kerana Ini memudahkan ingatan apabila nota anda ditulis di kertas. Selain itu, perhatian anda tidak akan mudah terganggu.

4. Pandai Mengurus Masa Sebagai Pelajar

Susun jadual untuk diri anda – jangan ‘squeeze’ segalanya termasuk masa di antara kelas – adakah anda akan mengulangkaji? Pergi ke perpustakaan? Berenang atau jogging? Menonton wayang? Bersihkan bilik? Tanpa jadual, anda tidak akan mencapai matlamat asal.

Setiap assignment atau perkerjaan mesti dipecahkan. Contohnya, jika anda harus tulis sebuah essay, jadualkan masa anda untuk membuat lakaran, research, menulis, edit dan cetak.

5. Jangan Lupa Bersenam Dan Jaga Kesihatan

Bersenam sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu

Mengikut tinjauan para saintis, senaman seperti berlari dan sebagainya dapat membawa manfaat kepada otak.

Ini juga boleh menjadi cara untuk membuat rakan-rakan baru atau relax selepas berkerja keras.

#AiskrimPotong

#SeniorNakRoger

#Tips

#PersediaanSemesterBaru

Read Previous

Nak Jadi Orang Berjaya Kenalah Urus Masa Dengan Baik

Read Next

Malu ke pakai barangan terpakai?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × four =