Deadline Dah Dekat, Assignment Tak Siap Lagi! Any Tips?

Stresnyaaaaa!! Assignment melambak lagi tak siap, deadline dah dekat. Haiyooo! Pernah tak korang berdepan dengan situasi macam tue? Biasanya benda jadi macam tue sebab korang tak ada perancangan, suka melengah-lengahkan masa dan banyak main!

Deadline atau tempoh akhir kerja adalah hal yang biasa dihadapi oleh para pelajar. Bila dah tiba waktu deadline, pelajar akan berasa sangat stress sebab kerja yang diberikan masih tertangguh dan belum disiapkan sepenuhnya.

Korang mungkin seorang pelajar yang baik, bijak dan memiliki keterampilan yang menyenangkan, Tapi kalau korang gagal untuk memenuhi deadline atau sengaja melewatkan deadline, korang tetap sahaja dianggap sebagai seorang pelajar bermasalah.

Menjadi pelajar cemerlang sama sahaja pentingnya untuk menyelesaikan tugasan yang diberi tepat pada waktunya. Deadline juga menjadi motivasi untuk korang supaya bekerja keras dan membantu antara rakan-rakan untuk menjadi lebih produktif.

Tapi sayang, tak semua pelajar dapat mengatur waktu mereka dengan baik sehingga ramai dalam kalangan korang selalu melanggar waktu tempoh deadline tugasan yang diberikan. Tak takut kena potong markah ke?

So kat sini min nak kongsikan beberapa tips yang korang boleh ikut untuk memenuhi dan menyiapkan tugasan dalam tempoh deadline yang telah ditetapkan.

  • Senaraikan tugas-tugas yang telah diberikan

Antara salah satu sebab utama korang tak dapat kejar deadline coz korang tak buat perancangan awal. Korang bukan kena hadap satu jer assignment yang pensyarah korang beri. Itu belum ditambah lagi dengan projek-projek, presentation dan nota-nota yang korang perlu siapkan. Dalam semua tugasan yang diberikan itu, mesti Tarikh deadlinenya juga berbeza. Ada yang panjang dan ada yang pendek. Senaraikan semua tugasan yang telah diberikan beserta Tarikh akhir menghantar tugasan tersebut. Bila korang dah tahu semua Tarikh-tarikh deadline setiap tugasan tu, korang dah boleh mula merancang untuk mendahulukan tugasan yang mana. Secara tak langsung, kaedah ni boleh bantu korang mengatur beban yang telah diberikan nak tidak lupa untuk menyiapkan semua tugasan. Belajar cara untuk menguruskan waktu supaya korang tak melanggar Tarikh deadline.

  • Tahu tugasan yang perlu didahulukan

Bila korang dah siapkan senarai dan tarikh deadline setiap tugasan, korang kena susun pula tugasan mana yang perlu disiapkan terlebih dahulu. Nak dahulukan tugasan yang mudah atau yang susah terlebih dahulu. Rancang sebaiknya supaya korang tak jadi stress dipertengahan jalan.

  • Bagi reward kat diri sendiri

Diri korang pun kena diberi reward juga selepas dah penah bertungkus-lumus menyiapkan tugasan. Cuba curi sedikit waktu untuk berehat dan keluar berlibur dengan teman-teman. Tak salah rasanya kalau korang tinggalkan waktu selama sehari mungkin pada hari minggu untuk korang buat aktiviti-aktiviti kegemaran korang, contohnya seperti pergi berkaraoke, menonton wayang atau makan makanan kegemaran korang. Tapi pastikan sehari sebelum korang decide untuk bercuti tu, tugasan korang masih berjalan lancar.

  • Dapatkan nasihat pensyarah/rakan

Ada waktu korang memang betul-betul stress. Jangan pendam seorang diri. Sebaiknya korang perlu berjumpa dengan pensyarah atau rakan-rakan untuk berbincang dan bertanyakan pendapat. Mungkin korang akan diperli, tapi jadikan itu sebagai pengajaran supaya tidak melengah-lengahkan waktu untuk menyiapkan tugasan. Sekurang-kurangnya stress korang itu nanti akan dapat dikawal daripada terus berpanjangan.

So adik-adik semua, nak berjaya jangan jadi orang malas. Tolong hargai masa dan patuhi pada arahan dan tarikh deadline yang telah diberikan. Pensyarah pun tidak laa kejam sangat bagi waktu dua hari jer nak siapkan assignment 30 muka surat. Yang paling penting buat perancangan dan susuan jadual korang ok.

Read Previous

Jalan Kaki Pun Boleh Kurus. How?

Read Next

Wow! Menangi 2 Tiket Euro Final Percuma Melalui Spend & Win Starbucks!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 3 =