Jalan Kaki Pun Boleh Kurus. How?

Waktu belajar kat universiti dulu adalah waktu min paling rajin bersenam. Boleh dikatakan tiap-tiap petang min akan turun padang untuk berjogging. Kadang-kadang boleh jogging sampai 10 round. Takde hal punya laaa.

Tapi itu dulu. Sekarang? Hahahaha. Apa itu jogging? Malasnyerrr lahaiii. Tengok perut pun dah tahu pemalas, kuat makan pula tu.

Sebenarnya guys, untuk bersenam korang tak perlu pun berjogging bagai nak rak. Dengan berjalan kaki sahaja pun korang dah dianggap bersenam. Acaner tu? Menurut kajian yang dijalankan oleh Harvard University, brisk walking atau jalan cepat selama 30 minit boleh membakar sehingga 150 kalori. Semakin banyak dan semakin cepat seseorang itu berjalan, makin banyak kalori yang akan dibakar. Jom semak bagaimana cara untuk membakar lemak dengan berjalan kaki.

  • Jalan secepat mungkin

Salah satu alasan kenapa orang ramai lebih memilih untuk berjalan kaki bagi menurunkan berat badan adalah kerana kemudahan yang ditawarkan. Walaupun jalan kaki sememangnya merupakan aktiviti yang mudah, tapi untuk mendapatkan kesan yang diingini, teknik berjalan kaki yang betul perlu dilakukan. Caranya adalah dengan mempercepatkan langkah untuk membakar lebih banyak kalori. Semakin cepat langkah, maka aktiviti berjalan kaki akan menjadi lebih efisyen. Paling penting korang kena fokus dan kawal pernafasan yang sesuai dengan kelajuan langkah korang. Untuk pastikan adakah lemak di dalam tubuh telah mula dibakar? Korang hanya boleh bercakap beberapa patah perkataan sahaja dalam masa satu minit. Itu tandanya badan sedang membakar lemak.

  • Jika kesuntukan masa

Kalau korang kesuntukan masa untuk bersenam, contohnya korang cuma ada 30 minit sahaja sehari, berjalan kaki juga boleh dijadikan aktiviti alternatif untuk membakar lemak. Salah satunya adalah dengan melakukan latihan internal intervensi Tinggi (HIIT). Caranya adalah dengan melakukan aktiviti berjalan kaki yang di dahulukan dengan langkah cepat dan langkah perlahan secara berganti-ganti setiap 2 minit. Cara ini akan mempercepatkan proses pembakaran kalori dan membuatkan korang menggunakan tenaga yang lebih banyak. Kalau korang mempunyai waktu yang sangat suntuk iaitu sekitar 5 minit sahaja, korang boleh lakukan aktiviti tu dekat pejabat atau masa tengah break iaitu berjalan dengan cepat. Misalnya korang boleh memilih untuk menggunakan tangga berbanding menaiki lif .Tapi gak ‘ketibas’ juga laaa nanti.

  • Jika mempunyai banyak masa

Kalau korang mempunyai masa yang banyak untuk bersenam, korang boleh melakukan beberapa Gerakan gabungan untuk melatih ketahanan. Kaedah ini boleh menjadi salah satu cara terbaik untuk memaksimumkan daya tahan tubuh dan membuatkan otot lebih kuat bekerja. Selepas korang melakukan senaman dengan berjalan kaki, korang boleh tambah beberapa set senaman ringan seperti melalukan push-up, lunge atau squat setiap 10 hingga 15 minit. Hasilnya akan lebih memberangsangkan!

  • Cari motivasi

Korang semua mesti ada lagi kegemaran korangkan? Lakukan senaman sambil mendengar muzik kegemaran korang. Secara tidak langsung korang akan menjadi bertambah bersemangat untuk melakukan latihan. Sambil berjalan kaki, sambil mendengar muzik feberet, korang tidak akan terasa terlalu penat, ,malah berasa enjoy untuk bersenam.

Korang termotivasi tak dengan artikel yang min bagi ni? Hopefully korang menjadi lebih bersemangat untuk bersenam lepas ni. Kita sama-sama bakar lemak, sama-sama kurus ok. Baru ensem dan gojes. Tak gittchewww!

Read Previous

Memang Rare! 10 Komik Paling Mahal Di Dunia

Read Next

Deadline Dah Dekat, Assignment Tak Siap Lagi! Any Tips?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 − 2 =