Kucing Jantan Atau Betina, Siapa Yang Lagi Manja?

Foto: petsoid.com

Korang ada bela kucing tak kat rumah? Pernah tak perasan tingkahlaku kucing jantan dengan betina berbeza? 

Kalau korang nak tahu, binatang pun ada perbezaan dalam tingkahlaku mengikut jantina masing-masing sama ada jantan atau betina. Contohnya seperti kucing. Sifat kucing jantan dengan betina tak sama yer guys.

Abang Jim paling menyampah kalau bela kucing jantan. Sebab dia suka ‘pancut’ air kencing dia kat merata-rata. Kira nak tanda Kawasan abang long laaa tu.

So disebabkan perbezaan tingkahlaku tu, ada penggemar kucing yang cenderung untuk membela kucing ikut jantinanya sebab ada perbezaan tingkahlaku yang khusus antara kucing jantan dan kucing betina. 

Sama juga macam manusia, sifat dan tingkahlaku antara lelaki dengan perempuan tidak sama. Jadi apa berpezaan tingkahlaku antara kucing jantan dengan betina yer? Jom kita baca.

  • Pengawanan

Foto: benashaari.com

Hormon memainkan peranan besar dalam menentukan tingkahlaku kucing mengikut jantina. Kalau kucing jantan yang tak dikasi (sunat), selalunya kucing tu ada keinginan yang kuat untuk membiak dan menjadikan kucing tersebut lebih bersikap agresif untuk cari pasangannya. Sifat kucing jantan ni, kalau dah tiba waktu dia mengawan, dia takkan duduk diam-diam kat rumah jer. So dia akan merayau-rayau mencari pasangannya. Kalau kucing jantan tu bertembung dengan kucing jantan yang lain, ,maka satu pertarungan hebat akan berlaku sebab masing-masing nak buktikan mereka adalah kucing jantan yang hebat!

Foto: rover.com

Kucing betina pula berbeza. Kucing betina yang tak dimandulkan akan mempunyai keinginan untuk membiak. So korang akan dengar kucing betina korang mengeluarkan bunyi aneh yang kuat untuk menarik perhatian kucing jantan. Gatal! Tapi ada sesetengah kucing betina akan memancutkan kencing  untuk menarik perhatian kucing jantan.

  • Menanda Kawasan

Foto: wagwalking.com

Kucing jantan akan memancutkan urin (air kencing) untuk menandakan Kawasan mereka. Biasanya kucing jantan yang akan buat macam tu. Tapi kucing betina yang tidak dimandulkan juga akan memancutkan urin kerana tak nak berkongsi satu-satu Kawasan tu dengan kucing lain. Tapi tujuan utama kucing betina berbuat demikian sebab nak Tarik perhatian kucing jantan.

  • Tingkahlaku terhadap kucing lain

Foto: YouTube

Kucing jantan selalunya akan menerima dan menyayangi kucing lain selepas dikasi. Selain tu, kucing jantan juga mempunyai sifat istimewa dengan kucing-kucing lain yang tinggal bersamanya, atau kucing yang kerap dia jumpa. 

Foto: allergytocats.net

Kucing betina yang dah dimandulkan pula, sifat dia akan lebih berhati-hati  dengan kucing lain. Kucing betina yang dah dimandulkan juga akan mendekati kucing jantan dengan cara yang berbeza. Kalau memilih kawan pun, kucing betina akan cenderung untuk memilih kucing jantan berbanding kucing yang sama jantina dengannya. Kucing betina yang dimandulkan akan lebih berdikari berbanding kucing jantan. Selain tu, kucing betina yang dah dimandulkan akan mempunyai sifat keibuan yang kuat dengan anak kucing walaupun tu bukan anaknya.

Foto: YouTube

  • Tingkahlaku dengan pemiliknya

Kucing jantan yang telah dikasi juga akan mempunyai perubahan positif pada tingkahlakunya terhadap manusia. Selepas ‘dipotong’, kucing jantan ni biasanya akan menjadi lebih penyayang dan manja. Tetapi tidak bagi kucing betina yang telah dimandulkan.

  • Kedua-dua kucing jantan dan betina biasanya akan rapat dengan pemilik mereka tidak kira sama ada sebelum atau selepas dimandulkan. Tapi, kucing jantan biasanya akan lebih mudah berkongsi kasih berbanding kucing betina, bahkan dua ekor kucing jantan boleh tidur di riba pemiliknya dalam masa yang sama. 

Kebiasaan kucing betina:

  • Senang berdiam diri dalam rumah
  • Senang bermain dengan benda-benda yang kecil
  • Senang bersolek kerana sering menjilat-jilati bulunya
  • Senang berada ditempat yang tinggi
  • Senang dengan suasana yang tenang dan bersih
  • Senang tidur terlentang di tempat yang empuk

Kebiasaan kucing jantan:

  • Suka bermain dan jalan-jalan di luar rumah
  • Suka bermain serta bermanja-manja dengan sesiapa
  • Suka menggigit apapun dan mencakar
  • Suka bergaduh dengan kucing lain
  • Suka berada ditempat yang gelap
  • Suka berlari-lari dan lompat-lompat

So, sebagai pencinta kucing, korang sepatutnya tahu perbezaan tingkahlaku antara kucing jantan dengan betina. Kalau Abang Jim, abang lagi prefer bela kucing betina kot, sebab bentuk dan muka dia lagi kiut! Jantan nampak cam garang sikit walaupun hakikatnya kucing jantan lagi manja berbanding betina.

Read Previous

Fesyen Apa Ni Weh?! Pakai Kostum Ketat Untuk Hilangkan Stress?

Read Next

Biar Betik?! Bahaya Makan Timun Dengan Makanan Bergoreng? (7/3)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − 6 =