Benda Yang Rakyat Malaysia Takkan Lupa Waktu Awal PKP!

Korang semua mesti rasa macam “Eh PKP ni macam dah lama sangat la” Yes! Memang lama tapi sebenarnya baru tahun lepas beb! Korang pun mesti macam tertanya apa benda la yang korang buat sepanjang PKP masa tu kan?

Sebenarnya banyak je benda korang buat tapi korang lupa! Apa lagi jom kita ingat balik!

Kredit: via The Cooking Foodie

First sekali tipu la kalau korang tak ingat Dalgona Coffee atau Kopi Dalgona ni! Dekat Tiktok berlambak sangat dah video orang buat dalgona ni sampai ada yang lenguh tangan sebab buat cara manual! Paling power ada yang siap modified resepi sendiri! Pakai milo, horlick segala jenis serbuk korang guna kan?

Kredit: Via Bass Agents

Yang kedua ni paling syok! Korang pernah layan tak remix Kesana Kesini? Ha kalau taktahu nanti “Abah rotan”! Percaya atau tidak remix ni dah ramai sangat dah buat jadi parodi! Dekat Facebook, Tiktok, dengan Twitter pun ada! Bukan main ramai lagu shuffle, joget, breakdance pakai lagu ni. Semua gempak taknak kalah!

Kredit: Tiktok Indonesia

Yang ni paling korang ingat punya! Trend Tiktok lompat terbang ni daripada anak orang sampai mak bapak orang pun join! Taknak kalah masing masing tunjuk kreativiti yang dah lama korang pendam. Naik penyapu jadi Harry Potter pun ada! 

Kredit: Insiders

Last sekali ni paling tak boleh blah! Sebab yang join challenge ni semua comel-comel! Challenge ni nama dia “Flip the switch Challenge”! Ala challenge yang tukar-tukar baju tu! Kalau korang tak ingat korang layan la video ni! Lagi senang korang nak ingat setiap benda yang korang pernah buat waktu pkp dulu!

Benda Viral Waktu PKP Part 1

Kredit gambar utama: UM Digital

Read Previous

Dengan Selambanya?? Telatah Lucu Atuk Menendang Cucunya Ke Dalam Kolam!

Read Next

Kompilasi Prank Tak Jadi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six − three =