Prestasi membanggakan yang dipamer penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dalam acara terjun 3 meter papan anjal di Sukan Olimpik Tokyo 2020 ternyata membuatkan ramai netizen memuji kegigihan anak muda yang berusia 22 tahun ini.
Malah kalau korang tahu macam mana para atlet macam Dhabitah ni training setiap hari demi mencapai prestasi macam tu, rasanya segelintir netizen di luar sana mungkin takkan berani mengkritik atlet kita kalau mereka tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat.
Baru2 ini gambar Dhabitah masa training viral semula:
Gambar dari tahun 2016 tersebut ternyata mendapat perhatian ramai kerana ia melihatkan betapa payahnya seorang atlet itu berlatih setiap hari demi untuk mencapai pretasi bertaraf dunia.
Jika melihat kepada gambar di atas cara bagaimana Dhabitah training, even sis pon tak sanggup nak menjadi penerjun negara. Sebab tak semua orang boleh flexible macam tu guys!
Foto Dhabitah dari tahun 2016 yang tular itu telah mendapat komen positif netizen yang mana rata-rata berharap atlet negara kita ini akan terus menyerlah dan suatu masa nanti berjaya meraih pingat di Olimpik akan datang.
Don’t worry Dhabitah! Kitorang semua tetap sokong awak dan atlit Malaysia yang lain! Kami amat berbangga dengan korang! Semoga terus maju jaya!
Kredit gambar utama: via Berita Harian & FB Nur Dhabitah Sabri