Personaliti berkait rapat dengan diri kita. Setiap daripada kita mempunyai personaliti yang berbeza-beza. Kita boleh tahu personaliti diri kita dan bagaimana orang lain mengenali kita melalui personaliti tersebut.
Jadi, kalau korang tertanya-tanya apakah sebenarnya keperibadian diri korang, sila tengok jenis dan definisi personaliti di bawah!
- Extrovert
Sifat extrovert adalah berlawanan dengan introvert. Jika introvert lebih senang menyendiri, extrovert pula lebih menyukai lingkungan yang interaktif. Mereka bukan sahaja bersemangat tetapi juga cukup berskil dalam pergaulan dan suka mencuba perkara baharu.
Ini kerana seorang extrovert secara luaran mempunyai personaliti yang kuat dan menyenangkan selain pandai membawa diri ketika berhadapan dengan khalayak. Bagi mereka, aktiviti sosial, berinteraksi dengan orang lain, berkongsi informasi dengan orang ramai dan membuat kawan baharu adalah sesuatu yang menyeronokkan.
Golongan ini mudah merasakan bosan sekiranya bersendirian. Ciri khas extrovert, suka mendominasi perbualan, menjadi perancang majlis dan mengetuai sesuatu kumpulan.
Seorang extrovert cenderung menjadi lebih bersemangat untuk melakukan banyak hal jika mereka berada di lingkungan yang interaktif. Seorang extrovert biasanya adalah seorang ice breaker atau pencair suasana.
- Introvert
Introvert boleh didefinasikan sebagai orang yang bersifat suka memendam rasa dan menumpukan perhatian pada dirinya sendiri, tidak suka bergaul dalam masyarakat atau dunia luar. Introvert merupakan sikap atau karakter seseorang yang memiliki orientasi subjektif secara mental dalam menjalani kehidupannya.
Keperibadian introvert cenderung menyukai situasi yang tenang, suka menyendiri, biasa terkesan dengan apa yang mereka lakukan. Mereka memiliki kecenderungan untuk menjauhi interaksi kelompok baru. Individu dengan personaliti introvert sangat senang untuk melakukan aktiviti secara berpasangan dan antara kegiatan yang memenuhi minat mereka adalah seperti menulis, membaca, analisis komputer, menonton filem dan memancing.
Kebanyakan seniman, komposer lagu, penulis novel atau pereka bentuk memiliki keperibadian introvert. Mereka lebih suka menikmati waktu yang dihabiskan sendirian kerana keadaan sebegitu lebih membuatkan mereka selesa.
- Optimistik & Pesimistik
Seseorang yang optimistik ialah orang yang sentiasa mahu melihat sesuatu masalah dengan jangkaan atau harapan baik, dengan erti kata lain sentiasa melihat segala hal daripada sudut kebaikannya.
Individu-individu yang mempunyai estim tinggi mempunyai sikap optimis, manakala mereka yang berestim rendah mempunyai sikap pesimistik.
Seseorang yang bersikap pesimistik sentiasa bersikap atau berpandangan mudah putus harap, segera merasa kecewa atau hilang kepercayaan terhadap sesuatu.
- Dominan
Sikap dominan dari perspektif positif, ia menunjukkan kewibawaan seseorang untuk mengetuai, menguasai dan memenangi sesuatu situasi. Menang dalam pergaduhan dan dalam sesuatu konflik merebutkan sesuatu, antara contoh sikap dominan.
Malah, berupaya menguasai pemikiran orang lain agar mengikut cakap dan kehendaknya juga tanda sikap mendominasi.
Sikap dominasi positif ini akan bertukar negatif jika pujian itu keterlaluan sehingga si kecil berasa hebat dan perlu diutamakan tanpa perlu mengutamakan hak orang lain.
Sikap negatif ini akan menjadi semakin buruk jika dia tidak dapat mengawal perasaannya dan mula bertindak agresif sama ada secara fizikal, mengeluarkan kata-kata kesat atau mencari pengaruh dengan mengajak rakan sebaya memulau rakan mereka.
- Sensitif
Personaliti sensitif ini seringkali emosional. Ada yang beranggapan bahawa mereka sangat lembut, pemalu, halus, baik hati dan lain-lain, tetapi ia bakal berubah ketika mereka meningkat dewasa.
Namun begitu, mereka sering terasa diabaikan jika korang tidak meluangkan masa bersama, jarang mendengar apa yang mereka ingin sampaikan dan juga kurang beri perhatian kepada mereka.
Korang harus memberi perhatian lebih kepada mereka dan pastikan mereka dikelilingi dengan aura positif. Ciri fizikal seseorang jenis sensitif ini adalah mereka bersuara lembut, bertona kulit yang sekata antara rambut dan kening, mata bujur badam dan ada juga mata melengkung ke bawah.
Sekarang korang dah tahu jenis2 personaliti. So apakah personaliti korang??
Kredit gambar utama: via Enikass Radio