Baru-baru ini, ada satu kejadian lucu yang dirakamkan berlaku di antara seorang rider Foodpanda dan patung pameran ini.
Lelaki tersebut dirakamkan telah menampar patung yang dipamerkan di sebuah pusat membeli belah itu secara tiba-tiba. Gelagat lucu lelaki itu turut membuatkan netizen terhibur dengan tindakan spontannya itu.
Telatah lucu tersebut telah viral di TikTok:
Dari video itu, dapat dilihat rider tersebut sedang berada di dalam sebuah butik pakaian. Semasa sedang leka berjalan-jalan, dia berhenti di hadapan sebuah patung yang dipamerkan dan melihatnya.
Tindakannya telah membuatkan ramai netizen berdekah dengan tingkah laku random yang dilakukan oleh brader tersebut. HAHA!
Aduyaiii banggg, banyak2 tempat boleh release stress, ang lepaskan dekat patung butik pakaian plak. Dia tak bersalah.
Kredit gambar utama: via TikTok @mdsyahmiiiii