Apakah Proses Sebelum, Semasa & Selepas Suntikan Vaksin COVID-19

Dengan kemunculan vaksin COVID-19 di Malaysia, terdapat pelbagai persoalan tentang vaksin COVID-19 yang berlegar-legar di dalam minda setiap netizen. Normal sebagai seorang manusia untuk rasa curiga pada perkara yang baru dan mungkin rasa ketakutan apabila kurang jelas pada pemahaman vaksin ini. 

Menerima vaksin ini adalah sama seperti menerima vaksin untuk penyakit lain yang sedia ada di Malaysia ini. 

Sebelum Menerima Suntikan Vaksin COVID-19

Antara perkara pertama yang korang perlu lakukan sebelum menerima suntikan vaksin COVID-19 adalah mengemaskini maklumat korang di dalam aplikasi MySejahtera atau di laman web MOH Vaksin COVID-19. Pastikan anda telah menjawab kesemua soalan penilaian di dalam aplikasi MySejahtera. Anda juga perlu membaca dan memahami Borang Persetujuan Menerima Vaksin COVID-19 di aplikasi MySejahtera.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:unnamed (1).jpg
Kredit: via KKM

Senang je kan, tinggal isi je.

Sebelum menerima suntikan, petugas kesihatan akan memberikan penerangan tentang vaksin ini dan korang perlu menandatangani Borang Persetujuan Menerima Vaksin COVID-19 di hadapan petugas kesihatan. Prosedur yang perlu dilakukan sebelum menerima vaksin pada hari temu janji adalah untuk mengenal pasti jika anda layak atau tidak untuk menerima vaksin. 

Antara syarat tidak layak untuk menerima vaksin adalah:

  1. Mempunyai sejarah kemasukan hospital disebabkan alahan yang teruk
  2. Mempunyai sejarah reaksi alahan pada mana-mana vaksin yang pernah diterima sebelum ini
  3. Pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi
  4. Pesakit yang menghidapi penyakit HIV
  5. Ibu yang sedang hamil atau merancang kehamilan
  6. Ibu yang sedang menyusukan anak
  7. Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus atau bakteria
  8. Individu yang mempunyai masalah sel darah putih yang rendah

Sebelum itu, pastikan korang datang pada pusat pemberian pada tarikh yang ditetapkan dan pastikan membawa kad pengenalan dan telefon bimbit yang mempunyai aplikasi MySejahtera. Warga emas dan orang kurang upaya digalakkan datang bersama pengiring.

Semasa Menerima Suntikan Vaksin

Bila temujanji dah dipastikan, korang perlu mematuhi temujanji suntikan vaksin seperti yang telah dijadualkan. Beritahu pegawai bertugas sekiranya korang tidak sihat pada hari penerimaan vaksin. Sekiranya perlu, temujanji vaksin korang mungkin akan ditunda sehingga anda sihat. Untuk memudahkan proses suntikan vaksin COVID-19, korang disarankan untuk memakai pakaian yang sesuai seperti baju berlengan pendek ataupun baju lengan panjang yang longgar dan boleh dilipat hingga ke pangkal lengan.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:05hmsyammm2_1614997656 (1).jpg
Kredit: via Berita Harian

Suntikan vaksin COVID-19 ini akan diberikan di bahagian bahu penerima. 

Bahagian yang akan disuntik akan disapukan dengan alcohol swab untuk membersihkan bahagian suntikan tersebut daripada kuman yang boleh menjangkiti korang sewaktu suntikan. Petugas kesihatan akan mencucuk picagari ke dalam bahu dan memberikan suntikan dan menampalkan plaster di bahagian yang disuntik apabila selesai. Penerima suntikan akan diminta untuk berada di ruang pemerhatian selama 15 hingga 30 minit selepas menerima suntikan.

Selepas Menerima Suntikan Vaksin COVID-19

Apakah persoalan yang mungkin muncul di fikiran korang setelah menerima vaksin COVID-19?

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:shutterstock_1827506501 (1).jpg
Kredit: via Carsome

Selepas menerima vaksin COVID-19, korang akan berada di ruang pemerhatian sekurang-kurangnya 15 minit untuk melihat status kesihatan korang supaya korang tidak mengalami kesan sampingan vaksin seperti:

  • Sukar untuk bernafas
  • Jantung berdegup laju
  • Bahagian suntikan menjadi bengkak 
  • Bengkak pada muka, bibir atau tekak 
  • Pembentukan ruam di seluruh badan 
  • Rasa pening

Jika korang mengalami gejala-gejala disenaraikan di atas selepas menerima suntikan, korang perlu memaklumkan kepada petugas kesihatan dengan segera untuk mendapatkan rawatan.

Kredit gambar utama: via Astro Awani

Read Previous

Abang Foodpanda Stress Ke Tu? Tindakan Lucu Abang Rider!

Read Next

Wall’s Malaysia Membawakan Carte D’Or! Rangkaian Aiskrim Premium Dari Perancis Kepada Rakyat Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − seven =