‘Harap2 Lockdown Kali Ini Berkesan!’ – Lebih 40,000 Kanak-Kanak Positif, MKN Minta Kita Sedar Bahayanya Covid-19

Data yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semakin membimbangkan. Kes naik semakin mendadak!

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:COVID-2021-blog.jpg
Kredit: via WATTAgNet

Bila bercakap tentang golongan berisiko, ramai yang hanya fikir tentang warga emas dan orang yang berpenyakit sampai kita lupa yang kanak-kanak juga bahaya kalau dijangkiti Covid-19 lebih-lebih lagi sekarang tak ada vaksin yang sesuai diberikan untuk mereka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini, Menteri Kanan (Keselamatan) mengatakan ada peningkatan drastik kes Covid-19 dikalangan kanak-kanak berbanding hanya 8,369 kes pada tahun 2020.

Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (25 Mei 2021)

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Tuesday, May 25, 2021

Kenyataan ini juga turut memberikan statistik dari KKM yang melaporkan seramai 41,971 kanak-kanak berusia setahun setengah hingga 12 tahun telah dijangkiti virus ini manakala bayi bawah satu setengah tahun pula seramai 6,290 kes.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:853681.jpg
Kredit: via Info Sinar – Sinar Harian

MKN meminta orang ramai untuk memberi penekanan terhadap pematuhan SOP dan membuat self lockdown bagi menyekat pergerakan keluarga.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:yq-mylockdown-19052021.jpg
Kredit: via The Straits Times

Kes pun makin hari makin tinggi, so jom lah kita ambil langkah berjaga-jaga dan kalau nak keluar rumah tu, beli groceries tu lebih sikit tapi jangan pulun sampai stok habis! Kemon lahhh, macam first time lockdown plak. Stay safe semua!

Kredit gambar utama: via JohorKini

Read Previous

Dikecam Netizen – Wanita Tepuk Tangan Selepas Keluarga Dijangkiti Covid-19

Read Next

Seiring Dengan Lockdown, Aina Abdul & Pemuzik Sape, Alena Murang Meraikan Pelancaran DISNEY+ HOTSTAR Di Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × two =