Seiring Dengan Lockdown, Aina Abdul & Pemuzik Sape, Alena Murang Meraikan Pelancaran DISNEY+ HOTSTAR Di Malaysia!

Beberapa hari yang lepas, Disney+ Hotstar menjemput peminat untuk mengira saat pelancaran perkhidmatan streaming yang dinanti-nantikan bersama penyanyi dan pemenang anugerah Aina Abdul dan pemuzik sape Alena Murang yang akan menyampaikan lagu-lagu Disney kegemaran anda. Disiarkan secara langsung dari halaman Facebook Disney+ Hotstar Malaysia, penonton tidak hanya akan menikmati persembahan secara langsung dari rumah, tetapi juga berpeluang memenangi hadiah eksklusif Disney+ Hotstar.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:187488990_163196799118011_6349412913698145345_n (1).jpg

Pada malam pelancaran tersebut, Aina Abdul telah menyanyikan lagu ‘Let it Go’ dari Frozen dan ‘Speechless dari Aladdin dan Alena Murang membawa sentuhan eklektik pada lagu ‘Reflection’ dari Mulan dan ‘How Far I’ll Go’ dari Moana yang diiringi oleh alat muzik tradisional Sape.

Disney+ Hotstar dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun, dengan membawa lebih daripada 800 filem dan 18,000 episod, termasuk filem dan siri Marvel, kegemaran Disney, Disney+ Originals dan filem dan siri popular drama Malaysia dan Asia. Langgan terus di DisneyPlusHotstar.my atau melalui aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS dengan harga RM54.90 selama tiga bulan. Pakej khas disediakan dengan Astro untuk pelanggan Astro Movies Pack.

Kredit gambar utama: via Disney+ HOTSTAR

Read Previous

‘Harap2 Lockdown Kali Ini Berkesan!’ – Lebih 40,000 Kanak-Kanak Positif, MKN Minta Kita Sedar Bahayanya Covid-19

Read Next

6 Buah-buahan Untuk Kekalkan Kecerahan Kulit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 1 =