Disebabkan betapa bahayanya Covid-19, pergi klinik atau hospital kerana demam biasa pon dah jadi isu sensitif di mana doktor akan tanya samada kita ada petanda penyakit Covid19 atau tidak. Menjadi sesuatu yang boleh mencuakkan kita. Lepastu kena buat swab test. Walaupon kita tahu yang kita ni bukan pembawa, tapi risau juga menunggu keputusan swab test tu tau!
Tapi, berbeza dengan situasi seorang wanita ini apabila netizen mendakwa dia seperti bangga selepas mengetahui keputusan ujian swab di mana dirinya dan beberapa ahli keluarga disahkan positif Covid-19.
Video aksi ‘gembira’ itu dimuat naik oleh seorang pengguna laman Twitter, yang memaparkan aksi daripada InstaStory wanita berkenaan.
Rakaman yang berdurasi satu minit itu juga memperlihatkan dua warga emas dipercayai ibu bapa wanita itu ketika melakukan ujian swab di dalam kereta secara pandu lalu selepas disyaki dijangkiti virus Covid-19.
Selepas memperoleh semua keputusan ujian swab, wanita itu seolah-olah ‘meraikannya’ dengan bersorak dan bertepuk tangan sambil merakam reaksi orang tuanya di tempat duduk belakang.
Akibat daripada rakaman itu, ramai netizen telah mengecam wanita tersebut. Tetapi katanya, ia adalah untuk memberi semangat dan taknak bagi orang tuanya takut semasa mengambil swab test.
Tapi tulah, perlu ke wanita tu membuat tindakan tersebut dan post ke sosial media?? Apa pendapat korang??
Kredit gambar utama: via Twitter @sasorikageyoshi