10 Soalan ‘Simple’ Yang Perlu Ditanya Pasangan Korang Sebelum Ke Peringkat Seterusnya!

Bila kita dah serious dengan seseorang, kita pon nak tahu samada pasangan kita memikirkan benda yang sama atau tidak.

Ya lah kann, nak kenal luar dan dalam tentang bf/gf kita bukanlah satu perkara yang mudah malah sukar dilakukan dalam sekelip mata. Ia memerlukan masa dan kesabaran. Sometimes, masa pon bukan on our side lagi2 bila kita nak buat keputusan untuk nikah dan kahwin. Agitu. I feel you guys! Cehhwahh!

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:media_05b22a64f25e71af1af272735070ae03.jpg
Kredit: via Redaksi.com

So Uncle Jimi dan Cik Kiah kolab bersama buat pertama kalinya untuk memikirkan soalan-soalan padu dan bijak untuk ditanyakan kepada seseorang ataupun pasangan bila korang benar-benar ingin mengenali mereka. Sambil menyelam minum air, kami selitkan juga beberapa soalan sensitif untuk disoal, manalah tahu si dia mahu menjawabnya!

1. Apakah hobi, dan rutin harian awak?

Soalan ini bukan sahaja dapat membongkar perkara dan aktiviti seseorang, tetapi juga membolehkan anda melihat potensi keserasian bersama. Siapa setuju? Tiada betul dan salah kepada jawapan yang bakal diberikan sebab soalan ini sekadar nak tahu korang boleh ngam ngam suii ke tak.

2. Sebelum ni, break dengan ex sebab apa?

Sekiranya jawapannya berbau menyalahkan orang lain dan tidak bertanggung jawab atas kesilapan sendiri, korang stop jelah texting each other.

3. Adakah awak merokok?

Ini untuk tahu tahap kesihatan dan lifestyle dia. And at the same time, kita boleh tahu sebab kenapa dia merokok, juga dia ada keinginan untuk berhenti atau tidak.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:ohmedia-punca-kurang-rezeki.jpg
Kredit: via Oh! Media

4. Bagaimanakah hubungan awak dengan keluarga?

Ini adalah soalan paling fav Cik Kiah dan Uncle Jimi, sebab 80% hubungan akan berjaya bila diorang rapat dengan keluarga mereka. It’s a plus kalau mereka mempunyai latarbelakang yang elok. Contoh, agama mereka jaga. Bukan kaki judi dan mabuk.

5. Masih berkawan dengan ex?

Yang ni depends. Ada yang kata okay, ada yang tak. Kitorang tanya member2 dalam office ni pon, jawab benda yang sama. Tapi kami semua nasihat, tak recommended lah kalau dia masih berkawan dengan ex, regardless dah takda apa2 pon.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:ce-travel (1).jpg
Kredit: via Crazy Egg

6. Apakah tempat favourite awak untuk bercuti?

Soalan ini membolehkan korang mempelajari apa yang benar-benar dinikmati orang lain. Anda juga boleh serba sedikit tahu personaliti dia.

7. Apakah kejayaan terbesar yang pernah awak dapat?

Ini untuk tahu mindset dia. Dan juga membolehkan korang melihat apa yang mereka hargai dan bagaimana mereka menghabiskan masa lapang. Mestilah kita nak tahu pasangan kita ni pemikiran dia long-term ke short-term lagi2 bila nak buat keputusan.

8. Siapakah idola terbesar dalam hidup awak?

Jawapan dia akan memberi korang gambaran mengenai nilai-nilai teras seseorang. Sekiranya mereka menamakan ibu tunggal mereka kerana membesarkan mereka, mereka menghargai tanggungjawab dan keluarga.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:ad15ae71c6a926d6c39794eac7d8c804225d135a.jpg
Kredit: via CinemaBlend

9. Perkara yang buat awak menangis? Atau bila last menangis?

Mengenali sisi lembut seseorang adalah penting untuk mengetahui apa yang mencetuskan kesedihan mereka. Sekiranya mereka langsung tidak pernah menangis, mereka mungkin tidak sensitif. Sebaliknya, jika si dia mudah menangis, anda perlu berhati-hati menjaga hatinya.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:untitled-design-2020-03-11t103513.256-11_57_215442.jpg
Kredit: via Pesona Pengantin

10. Dalam hubungan ni, apa yang awak expect, dan sejauh mana awak fikir? Sebulan dua? Sampai kahwin?

Ni soalan cepu emas, soalan ni tak disarankan tanya dengan tetiba, seelok2nya tanya bila korang tengah in the mood of communication. Agitu. Dari jawapan dia, korang boleh tahu dia serious dengan hubungan ni ke tak. Atau sekadar main2. Sambil2 tu selit2 humor sikit dalam soalan tu. Takdalah tegang ketegaqqq sangat. Pasangan kau pon boleh jadi takut.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:196752.jpeg
Kredit: via Sugi Photo

Semoga korang bermanfaat! Boleh percaya ke tak? Korang jangan risau, kitorang ni semua ada yang dah berkahwin anak empat, ada yang dah nak bernikah, ada yang baru couple, ada yang couple beratus kali pon ada! Nama pon se-office kannn. So tu lah majoriti soalan yang kitorang akan tanya bakal atau pasangan kitorang.

Kredit gambar utama: via Hello Kerja 

Read Previous

Berusia 27 Tahun Dah Jadi Billionaire, Perkenalkan Ritesh Agarwal, Founder OYO Hotel!

Read Next

Lelaki Setia vs. Lelaki Haprak, Dan Cara-cara Untuk Membezakannya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + twenty =