Sebenarnya tak susah pon nak bezakan. Dari gaya, pembawakan diri, dan personaliti dia kita dah boleh tahu perangai nya macam mana.
Ada yang baru nak bercinta, ada yang dah clash dan sekarang mencari cinta balik. Walaupon nak bercinta, tetap nak tahu juga kan lelaki jenis apa dan bagaimana nak tahu ia adalah pilihan yang tepat untuk diri kita.
Tanda-tanda lelaki setia:
- Matang
Tingkah laku akan mencerminkan keperibadian dia secara keseluruhan. Nak tahu dia gentleman ke tak adalah dari usianya.
- Berazam tinggi
Lelaki akan sanggup melakukan apa sahaja kalau dia dah cinta seseorang wanita. Bak kata pepatah, sanggup meredah lautan api. Agitu. Tapi perumpamaan tu adalah sekadar hiperbola. Jangan kau suruh dia berenang dalam kolam api plak.
- Jujur dan bersifat terbuka
Ini antara ciri2 yang paling penting. Kalau semua dia je betul, faham2 sendirilah ya gegurls. Maknanya ego setinggi gunung. Minta dijauhkan.
- Berkawan dengan orang yang baik2
Kalau kau tengok member dia baik2, hormati antara satu sama lain dan boleh nampak ukhwah dia bersama dengan keluarga. Tu memang a plus bagi korang lah!
- Khabar angin dan majoriti daripada member dia bersuara tentang dia hanyalah yang baik2 belaka:
Contoh, if dia seorang yang baik, kau akan dengan yang baik2 je pasal dia. Kalau dia ni kaki pusing dan playboy sebagainya, mesti ada seorang dua member dia akan dm/pm kau bagitahu pasal that guy. Kalau ramai sangat cakap, wehh lelaki ni playa, better korang jauhkan jelah diri tu.
Tanda-tanda lelaki haprak:
- Dengan siapakah dia berkawan?
Kalau kau tengok member dia semua party people, jenis sosial takda batas. Tu juga antara redflag samada dia setia ke tak. Tapi depends gak, ada je member Cik Kiah, member lelaki dia lebih ramai dari member perempuan, tapi tetap dia setia dengan satu. So tu depends on korang punya preferences gak.
- Tidak tepati masa
Selalu lewat dan lewat, lewat, lewat bila berjanji hendak dating atau ke mana-mana. Tanda ini menunjukan lelaki itu seperti tidak gembira berjumpa anda.
- Tidak pandai berdikari
Lelaki jenis ini hanya tahu bergantung kepada keluarga sahaja. Oh, sungguh tidak marbeles. Sampai bila nak sebegini? Fikirkan lah masa depan.
- Tidak matang
Contoh, bila bergaduh tidak menjawab panggilan korang dan tidak membalas mesej korang. Lagi pulak memang terang2 salah dia. Lebih bangang lagi menutup terus telefon bimbitnya. Memang dasar pengecut.
- Kaki cemburu buta
Cemburu dengan cemburu buta lain korang tau tak. Kalau cemburu saja, is normal lah tapi kalau cemburu buta ni perempuan makan hati. Kadang-kadang perempuan tu boleh sampai meroyan.
Biasanya, lelaki yang kuat cemburu buta ni ada extra perangai tau. Pemarah!! agree or not???
Ada lagi yang korang nak tambah?? Silalah tambah! Benda baik kita kena kongsi!
Kredit gambar utama: via Atmosferku