Korang pernah perasan tak hotel ni? Memang dah banyak kali nampak OYO Hotel tersebut. Biasanya korang akan nampak ia di shop lot di ibu kota dan beberapa bandar di Malaysia.
Hotel bajet ini memang sesuai untuk mereka yang ingin bercuti tetapi mahu berjimat kerana ruang rehatnya agak kondusif dengan harga yang berpatutan.
Mungkin ada antara kita masih tak tahu dari mana asalnya hotel ini, jadi disini Uncle Jimi nak kongsikan info yang mungkin boleh memberikan inspirasi buat kita semua terutamanya bagi generasi muda.
So siapakah founder OYO Hotel?
Ritesh Agarwal adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OYO Hotels & Homes. Mengembara ke seluruh India pada usia 17 tahun, Ritesh tinggal di lebih dari 100 penginapan dan sarapan, rumah tumpangan, dan hotel untuk menyedari bahawa terdapat banyak hotel berpatutan dan berkualiti tinggi dalam kategori hotel bajet. Dia percaya bahawa setiap orang berhak mendapat ruang tamu yang direka dengan indah, bergaya dan selesa. Dan setiap orang berhak mendapat kehidupan yang lebih baik. Begitulah OYO dilancarkan pada Mei 2013. OYO hari ini adalah rangkaian hotel, rumah, dan ruang terkemuka di dunia.
Apa maksud OYO? OYO ialah ‘Own Your Own’. Yang bermaksud milik seperti kau miliki.
Beliau jadikan Airbnb sebagai rujukan, jadi beliau tubuhkan OYO, pada mulanya ia hanyalah sekadar laman web yang mengemaskini dan menjual semula bilik hotel yang ada.
Dengan idea yang ditubuhkannya ini, ia telah menarik minat beberapa pihak dan Ritesh terpilih untuk program Thiel Fellowship, satu program selama 2 tahun yang dikendalikan oleh pengasas Paypal. Beliau telah mendapat pembiayaan sebanyak USD 100,000.
Sejak itulah beliau mula memperluaskan lagi empayarnya ke kawasan Asia pasifik dan terus mengembangkan hotel ini ke UK, UAE, Dubai, China dan bermacam-macam negara lagi.
Sekitar tahun lepas, OYO dah ada lebih daripada 300,000 bilik di 500 bandar di seluruh dunia. Wah memang memberikan inspirasi.
Untuk mencapai kejayaan ini, Business Insider India ada kongsikan bahawa Ritesh mengalami 6 kali kegagalan sebelum berjaya, namun baginya kegagalan itulah yang membuatkan dirinya semakin kuat.
Kredit gambar utama: via Naim Harith & ig rockingpots_