Fikir2 balik en, mesti banyak perkara yang jururawat atau doktor dah pernah tengokkan?
Baru-baru ni, seorang jururawat telah dikecam netizen selepas video TikTok yang dimuatnaik tular di Twitter.
Dalam video tersebut, jururawat hospital ini telah menasihatkan orang ramai untuk tidak memakai seluar dalam koyak atau lusuh kerana kita tak tahu sekiranya akan berlaku kemalangan.
“Kat sini akak nak bagi nasihat sikit dekat korang kat luar sana, lepas ni stop pakai spender yang koyak, yang tali dia dah nak putus, yang talinya dah kendur.
“Sebabnya kalau berlaku accident, kecemasan sekali orang bukak dekat dalam tu orang tengok spendernya berlubang, spendernya koyak, tali branya kendur, penuh dengan taik lalat. Ha, buat malu je.
“Tengok luaran bukan main. Kalahkan artis kalahkan top model. So lepas ni stop pakai ya. Beli baru. Tak semestinya yang mahal, yang murah pun takpe janji benda tu elok. Ok?”
Akibat dari video yang dimuat naik oleh wanita ini telah mendapat kecaman dari netizen yang menganggap jururawat ini telah membuka aib pesakitnya.
Ya lah kan, siapa tak kecam or mengamuk, sebab tu dah kira aib pesakit. Kalau korang nak tahu, semua pekerja di klinik mahupon hospital, lagi2 doktor dan jururawat, diorang tak boleh langsung bagitahu maklumat pesakit kepada orang luar. Tak kisahlah pakaian dalam pesakit tu macam roti jala ke apa. Diorang memang dah sign agreement dan maklumat tu adalah privasi pesakit.
Untuk pengetahuan korang, video tersebut telah pun dipadamkan dari akaun jururawat tersebut dan dia telah pon meminta maaf.
Takpalah, husnuzon mungkin niat dia hanya nak nasihatkan orang supaya tak malu kalau berlaku apa-apa kot, bukannya nak buka aib pesakit.
Kredit gambar utama: via asmaradalamhati