Amboiii laju korang kan! Hahaha btw, siapa tak suka tidur pada waktu lapang kan?? Lagi2 balik dari kerja atau buat sesuatu yang memenatkan! Memang boleh keluar air liur basi lahhh!
Kadang2 terfikir, ada ke kerja yang hanya tidur, dapat duit?? Mustahil en? Hahaha ada beb. Tahu nama jawatannya apa? Professional Napper. Maksudnya Petidur Profesional. HAHA!
So, berita baik untuk korang sebab ada sebuah syarikat ni iaitu Eachnight.com nak bayar $1500 (kira-kira RM6,168) untuk korang tidur pada waktu siang!
Menurut CNN, syarikat ini menyediakan panduan untuk dapatkan tidur yang berkualiti dan perkhidmatan review tilam. Jadi, kali ini mereka sedang mencari pengulas tidur siang di mana mereka yang terpilih perlu tidur siang selama 30 hari. Katanya, program ini bertujuan untuk menguji teori di sebalik kebaikan dan keburukan tidur siang.
Pengulas tidur juga perlu review kualiti tidur mereka. Yang menariknya, semua orang dari seluruh dunia boleh sertai program ini tapi korang perlu fasih dalam bahasa Inggeris. Ya lah kan, kalau tak, macam mana nak share pengalaman tidur korang nanti!
Lepas bangun tidur pula, peserta kena jawab soalan yang diberikan mengenai pengalaman tidur mereka. Difahamkan, peserta yang terpilih perlu menyertai eksperimen seperti kesan tidur siang kepada badan yang penat, kesan tidur siang kepada ingatan dan juga waktu terbaik untuk tidur siang. Kesemua ini akan berlangsung selama 30 hari.
Walau bagaimanapun, program ini hanya terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan penyertaan dibuka sehingga 31 Mei ini. So, kalau adik-adik yang masih sekolah nak join jugak, kena lah tunggu dua atau tiga tahun lagi ya!
Kredit gambar utama: via Pinterest, eachnight.com & Success Life Lounge