Disebabkan ada banyak ‘followers’ dan ‘subscribers’, bukan bermaksud segala perbuatan, perkataan dan tindakan mereka tu betul! Kelebihannya adalah, suara dan pendapat mereka akan didengari lebih banyak pihak berbanding dari yang suara2 kecil ni.
Baru2 ni, isu viral kisah seorang instafamous yang dikatakan melanggar SOP di sebuah majlis berbuka puasa anjuran penyanyi rap, Caprice.
Kes itu telah mendapat perhatian netizen Malaysia serta turut mengheret Caprice selaku penganjur ke dalam lubang kontroversi.
Menurut Caprice, Nurin yang pandai-pandai menarik selebriti yang hadir termasuklah Ashraf Muslim, Iman Troye dan Amin Idris keluar dari dewan dan bergambar bersama produknya.
Caprice juga dikatakan telah meminta Nurin untuk membuat penjelasan secara terbuka kepada umum namun tidak diendahkan.
Akibat dari itu, akaun media sosial Caprice telah disekat oleh Nurin dan telah memasang peguam. Perkara itu didedahkan di hantaran terbaru Instagram Caprice.
Disebabkan hal ini, Caprice terpaksa mengambil tindakan saman di atas kehilangan reputasi syarikatnya serta majlis tertutup yang dianjurkannya.
“Kita sudah bagi banyak masa untuk Nurin dan pihak Nurin bekerjasama untuk mengaku salah dan buat a public statement to apologize to the anak yatim dan artis-artis lain yang terpaksa jumpa polis, tapi sampai hari ni, dia senyap dan kita pulak yang kena jawab dengan wartawan dan pihak polis“, tulis Caprice di bahagian kapsyen.
Update terbaru dari Caprice, adalah rakaman panggilan antara Caprice dan pihak rumah anak yatim mengenai perbuatan Nurin:
Sebabtu penting belajar etika dan profesionalism dalam bisnes ataupon marketing. Kalau tak, memang jadi influencer/Youtuber/instafamous yang tak pergi jauh beb.
Kita kasi share sikit etika & profesionalisme:
Nak habaqq, ada rupa dan harta tapi braindead, pon tak kemana gak. Kaya pon disebabkan lahir2 kaya dengan harta mak bapak, modal pakai mak bapak, bisnes pon mak bapak urus, hidup kau goyang kaki je, takpayah sembang nohh.
Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan adil dan saksama.
Kredit gambar utama: via ig @capriceofficial & @nurinafiqaaah