Kasut Setan Tak Sampai Seminit Habis Stok. Official Ke Unofficial?

Pada bulan Mac hujung minggu lepas, kasut ‘custom-made ‘yang dihasilkan bertemakan syaitan dan diberi nama Satan Shoes (Kasut Syaitan) telah dilancarkan oleh jenama MSCHF.

Kasut berkenaan adalah kerjasama jenama berkenaan dengan penyanyi rap Lil Nas X dari Amerika dan dihasilkan sempena dengan pelancaran video muziknya bertajuk Montero (Call Me By Your Name).

Tetapi…

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:satan4.jpg
Kredit: Hypebeast

Sejak pelancarannya, Lil Nas X mencetus kontroversi bukan sahaja kerana mencipta kasut bertemakan syaitan tetapi juga kerana ia mengandungi titisan darah manusia yang bercampur dengan cat berwarna merah.

Ye lah kan. Setan kot. Siapa yang puja setan? Uishhhh gila lah. Agak2 nak trendy sangat pon.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:ExqB4bqWgAAjgHe.jpg

Tak sampai seminit selepas dilancarkan, 666 pasang kasut edisi terhad yang dikeluarkan habis terjual. Perkara itu diumumkan MSCHF yang turut memaklumkan Lil Nas X sendiri memiliki edisi pertama kasut terbabit.

Lil Nas X juga dikatakan telah menerima kecaman hebat daripada segelintir pihak kerana hal itu, penyanyi rap berkenaan bagaimanapun tetap berbangga kerana berjaya menghasilkan Kasut Syaitan tersebut.

DISEBABKAN ITU, NIKE SAMAN ATAS TINDAKAN TERSEBUT

Memang silaplah kau buat hal macam ni dekat syarikat besar seperti Nike.

Kenapa??

Sebab kasut tersebut dihasilkan menggunakan model Nike Air Max 97 dan selepas kontroversi itu tersebar luas, pihak Nike mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa Kasut Syaitan itu adalah kolaborasi bersama dengan MSCHF.

Bukan itu saja, Nike turut memfailkan saman ke atas syarikat MSCHF itu kerana mengeluarkan rekaan kasut kontroversi itu yang didakwa melanggar cap dagangan, lapor Kosmo.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:ExqB4YqWEAAqx2E.jpg

Nike berkata pelancaran kasut berkenaan tidak pernah mendapat kelulusan atau keizinan daripada pihak mereka.

So, korang kalau nak buat collaboration ataupon nak guna logo company yang besar, make sure berlesen atau minta permintaan mereka. Kalau ya pon, logo tu tukarlah sikit supaya taknampak 100% dari logo asal.

Kredit gambar utama: Twitter @Tywerdsz_

Read Previous

Ayah Berkenan Dengan Boyfriend, Siap Puji Melambung Dan Post Gambar Bakal Menantu Dekat Status WhatsApp

Read Next

Hati-hati Bila Memilih Rumah Sewa. Kenapa? Haaaa seram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen + 1 =