Tetiba kan Coldplay. Apa kena mengena diorang dengan Malaysia?
Perkenalkan projek The Ocean Cleanup. Projek ini merupakan usaha untuk mencegah sampah dan pencemaran dari masuk ke dalam laut dengan menggunakan mesin memerangkap sampah yang dinamakan ‘Interceptor 005’.
Untuk pengetahuan korang, ini adalah mesin perangkap sampah kedua yang akan beroperasi di Malaysia. Sebelum ini, Malaysia menerima mesin pertama mereka pada Ogos 2019 dan telah diletakkan di Sungai Klang.
Inceptor 005 ini mampu memerangkap sehingga 100 tan sehari. Ia akan memerangkap sampah terapung yang dibuang ke dalam sungai sebelum sampai ke luar.
Direka khas untuk membendung pencemaran di 1,000 sungai paling tercemar di dunia, Interceptor 005 adalah salah satu daripada dua unit yang dihasilkan dalam siri rekaan generasi ketiga teknologi ini.
Turut dikenali sebagai New Moon 1, Interceptor 005 akan terus beroperasi sejurus selepas ia siap dibina menjelang pertengahan tahun ini.
Sejak 2019, The Ocean Cleanup telah mengumumkan inisiatif Interceptor untuk saluran air tercemar di pelbagai negara seluruh dunia termasuk Indonesia, Republik Dominica, Vietnam, Amerika Syarikat, Jamaica dan Thailand.
Jom tengok video Interceptor bersihkan sungai di Malaysia & Indonesia!
Memang terbaiklah inisiatif ni! Harap2 lepasni sungai kita jadi lagi bersih. Tapi jangan harap mesin ni je guys! Kita pon kenalah bertanggungjawab! Love mother nature!
Kredit gambar utama: The Ocean Cleanup & The Star